Tuesday 15 May 2012

Dakwah berwadah Zikrullah



Dakwah menuntun roh manusia. Tanpa tautan hati kepada mad'u (sasaran dakwah), nasihat & kuliah hanyalah memenuhi koleksi informasi tanpa memanifestasikan sahsiah

Entiti pendakwah, boleh diibaratkan bagaikan sebiji mentol. andainya malap, lemah ataupun rosak, takkan bermanfaat hatta semahal manapun harganya atau segah apapun jenamanya. Cuma mentol yang tidak rosak dan menyala terang dapat dimanfaatkan manusia. Tetapi, tidak cukup setakat itu. Jika tidak bersambungan dengan wayar, tetap juga tidak bermanfaat.

Analogi yang ingin saya bawa, mudah. Mentol adalah Pendakwah. Wayar adalah Zikrullah manakala hidayah sebagai Sumber Janakuasa yang bersumberkan Allah SWT.

Menyentuh insan, tidak cukup dari luaran. Hati adalah sotware dalaman, virus yang menyerang pula bersifat halus. Sudah tentu wabak penyakit hati rosak di zaman kita kini tidak cukup disembuhkan dengan unsur-unsur materealistik.

Sekeping hati akan tersedar jika disapa oleh sentuhan yang Maha Penyayang. Bukan sebarang panggilan dapat membawa manusia yang lara menyimpang, kembali ke mehrab ibadah. Bukan yang biasa-biasa berupaya, melainkan ianya terbias dek hubungan hati nan khusyuk terhadap Allah. Hubungan hati yang bersih bertautan dengan yang Maha Suci (al-Quddus), akan menjadi ibarat bulan yang membiaskan cahaya. Meskipun kadangkala ilmu tak seberapa, bekalkanlah diri dengan lidah yang lazim menyebut "Allahu Allah", biarlah dakwah disampaikan seiringan berkat Zikrullah. InsyaAllah..sentuhan hati kan nanti berputik lalu menyerlah indah.



Saya bawakan contoh sebuah gerakan yang menyebarkan dakwah melalui Zikrullah; Tarekat Qadiriah wa Naqsyabandiah atau ringkasannya TQN. Gerakan ini telah meluaskan dakwahnya ke serata Indonesia sehinggalah ke Malaysia, Singapura dan wilayah nusantara yang lain. Dikuatkan dengan pengiktirafan oleh Nahdhatul Ulama' (N.U), keberkesanan zikrullah sebagai penawar kemelaratan kalbu sudah terbukti.

 Bagi memudahkan pemahaman, saya sertakan Link tentang TQN ini di bawah:
Habib-habib yang mendapat madad daripada Rasulullah s.a.w juga semakin tersohor dengan kalimah dakwah mereka dalam mengingatkan manusia terhadap Nabi Muhammad s.a.w sambil berselawat & bermaulud dalam irama zikrullah. Intipati yang terpenting adalah nur zikrullah. Inilah kunci bagi membuka pintu hati manusia yang telah ditutup oleh himpitan nafsu dan hasutan syaitan. Habib Umar, Habib Zainal Abidin al-Jifri, Habib Munzir dan ramai lagi sewajarnya kita contohi roh dakwah mereka yang bersumberkan cinta & rindu. Ingatan yang tulus terhadap Allah & kasih yang suci terhadap Rasulullah s.a.w


Mungkinkah kita..
Melihat tanpa kerut di dahi, mendengar tanpa gelisah di hati? Khabar ngeri umat ini, harus dirasa dilemanya oleh kita semua.
Ketuk sedikit hatimu itu, apa yang sering didegupkan? Adakah Allahu..Allah..Allahu..Allah..?
Atau hanya setakat hal remeh-temeh yang pasti fana nanti?

"Hapuskan hatimu dari selain yang dicintai (Allah)" 
[Al-Syibli]

Masyarakat kita sekarang, mengharapkan pendakwah yang bertautan akrab hatinya dengan Tuhan. Mereka, sangat mahukan rasa Cinta & Rindu yang jujur kepada Allah. Di daerah hati, ada ceruk yang tak mampu diisi oleh gelak tawa & kepuasan, ketahuilah..bahawa itulah daerah Zikrullah. Semua manusia mempunyai hati yang dambakan tuhan. Kita yang ditaklifatkan, memimpin tangan masyarakat awam, meraba-raba cahaya di sebalik kegelapan. 




Dalam masa kita memantapkan thaqafah, mengasah bakat berbicara & memahirkan skil komunikasi, tautan hati dengan Allah s.w.t juga wajib sentiasa berterusan melalui zikrullah. InsyaAllah, segala-galanya akan menjadi mudah dengan rahmatNya. 

Namun harus diingat, perjuangan tak menjanjikan kemudahan, cabaran demi cabaran adalah tarbiyah bagi mengangkat martabat kita selaku Khalifah & 'Ibadallah.



Thursday 10 May 2012

sayang umi !!


 orang kata, aku lahir dari perut mak..
(bukan orang kata...memang betol pon)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati....... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan ..... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku...... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari..... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya..........
Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......  


siapakah aku ??
mampukah aku ??
aku akan tunaikan janji aku kerana aku sayang umi !! 









Thursday 3 May 2012

Plastikkah diri ini??

Setahun sudah aku mengarunginya, menekuni setiap lampir kitab yang diberi sambil dilatih oleh sang murabbi perihal kaliber seorang daei. Waktu sem satu dulu, aku peroleh 4.0 untuk subjek ini tapi tahun ini agak kurang rezeki, aku dapat 3.5. Apa-apa sekalipun, alhamdulillah kerana result ini untuk abi dan ummi. Inilah subjek yang paling kuminati, jurusan dakwah dan dakwah dan dakwah.

Ingat lagi tak?  sewaktu sem satu dulu murabbi yang mengajar berkitabkan pengantar dakwah. Segalanya perihal asas dakwah, hukum, kepentingan dan macam-macam lagi. Ustaz bukahiri atau nama glamournya us buyie, waktu itu kita semua masih baru lagi, masih belum saling mengenali, dalam keadaan yang masih blur-blur lagi us buyie datang mengajar perihal dakwah. Walaupun blur, tapi berkat ajaran us, faham jugak la..  terima kasih banyak us sebab menjadi pembuka lembaran perjuangan kami di bumi tarbiyah darul quran.

Dalam kefahaman yang sejengkal, datang pula muallimah tercinta, usth suhaidah mengajar kita. Tak terkata seronoknya belajar bersama usth suhaidah, rata-rata kita semua berubah dan semakin menonjol, daripada seperti siput yang lambat kepada sang kancil yang bijak. daripada kura-kura yang slow kepada arnab yang lincah dan yang paling seronok, daripada katak dibawah tempurung kepada beburung yang bebas berterbangan! Usth banyak sangat membentuk peribadi kita, rasa sayang melepaskan muallimah hebat ini pergi.

At the same time, us hamzah begitu bersungguh walau hampir mencecah usia emas. Men'tutorial'kan semua budak-budak dakwah agar at least dapat cakap depan khalayak. Dalam sejam, dua orang daripada kita akan bercakap dihadapan. Macam - macam gaya ada, ada yang buat forum, ada yang berlakon, tak kurang juga yang berteka-teki. Sepanjang sem 2 ni, aku makin lihat sisi-sisi kelebihan kita semua. Alhamdulillah Allah berikan kita semua kelebihan yang pelbagai, dan pasti ianya untuk dimanfaatkan dalam gerakan dakwah kita, kan? tapi.. kita semua maklum, kan? setiap yang lebih itu pasti ade yang kurang. Tidak mengapa, kekuranganku akan ditampung olehmu, kan? Setiap organisasi itu pastikan diuji pelbagai cabaran, ianya terletak pada kita untuk membuka segala yang tersimpul.

Cuma, satu perkara yang lincah berputar diotakku, kenapa aku kelihatan plastik? kenapa kita hanya belajar cara approach mad'u secara lahir tapi kurang dari segi batin?  orang kata : itu sendiri-sendiri lah, mana orang lain tahu ape ade dalam hati kau   tapi.. ?? lagi satu soalan, kenapa roh dan spirit pendakwah itu nampak pudar dalam diri aku?

p/s- Aku tinggalkan persoalan ini disini, tulisanku mungkin sahaja ada cacat celanya, tegurlah aku pabila kau menjumpainya. Coretan ini datang dari hati, aku benci kepada keplastikan, harap kita dapat bersama koreksi diri. ~al faqir ilallah~

..:: Aktiviti Dakwah's Crew ::..