Friday 24 May 2013

Menjelang Semester Baru

Alhamdulillah, sahabat-sahabat syukbah dakwah telah kembali ke Darul Quran untuk meneruskan perjuangan pada tahun terakhir ini. Azam kami ingin melakukan yang terbaik dalam apa jua perkara dan bersungguh-sungguh untuk menggapai cita-cita demi mencapai harapan ibu ayah. Apa yang paling penting adalah kita melaksanakan segala amanah yang dipertanggungjawabkan di atas pundak kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah swt semata.


InsyaaAllah, pada semester ini juga kami telah diberi tugasan untuk membuat tesis (Kertas Kerja Projek). Perjuangan kami tidak terhenti setakat ini sahaja, kami juga perlu memantapkan hafazan al-Quran 30 juz serta gerak kerja lainnya.


Kami memohon doa tulus ikhlas dari sahabat-sahabat agar kami mencapai kejayaan yang cemerlang baik di Darul Quran atau di mana sahaja kami berada. Doakan yang terbaik untuk kami semua, lebih-lebih agi untuk kebaikan di akhirat kelak. Doakan kami menjadi para huffaz dan da'i yang diredaiNya.

  : قال الله تعالى 
واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا واذكروا نعمت الله عليكم إذ كنتم أعداء فألف بين قلوبكم فأصبحتم بنعمته إخوانا وكنتم على شفاحفرة من النار فأنقذكم منها كذلك يبين الله لكم ءاياته لعلكم تهتدون

Firman Allah swt : " Dan berpegangteguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurnian-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatakan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk." (Surah Ali Imran : 103)

"Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh"

..:: Aktiviti Dakwah's Crew ::..