Friday 23 March 2012

..:: Movie : " Mengintai Kasih Ilahi " ::..



" MENGINTAI KASIH ILAHI "

merupakan sebuah filem pendek sulung terbitan Dakwah Film Production.
Dakwah Film Production merupakan group dari Faculty of Dakwah, Darul Quran of University College.
Pihak Dakwah Film Production mengambil inisiatif untuk menghasilkan Filem Pendek ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang menjaga hubungan kita dengan Allah merupakan antara aspek terpenting dalam sesuatu kejayaan.
mohon maaf diatas kecacatan yang terdapat di dalam video ini.
semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua,.
semoga anda terhibur.


p/s: sila tinggalkan komen/cadangan yang membina untuk penambahbaikan pihak kami di masa akan datang.

Tuesday 6 March 2012

Warkah Cinta Murobbiku

Adaptasi oleh : Ummu Farhana Farhan



Dedikasi buat anak-anak didikku yang kukasihi dan kusayangi keranaNya..
Mungkin agak terlewat,lantaran kalian akan kembali semula ke ’penjara tarbiyah’ itu kembali hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi, malah mungkin ada yang telah kembali ke bumi bertuah itu. Mungkin ada yang masih mengingati bingkisan warkahku ini beberapa musim yang lalu kerna ianya kutitipkan di atas meja Pusat Sumber Sekolah. Dan..mungkin juga ramai yang belum sempat menatapnya, Justeru coretan ini adalah ’olahan dan pengadaptasian dariku cuma’ dari artikel yang kutemui dimaya beberapa fatrah yang lalu..


Anak-anakku, pewaris perjuangan para anbiya' hayatilah untaian bicara hati kecil ini teristimewa untukmu..permata hatiku penjana ummah muslim bestari(Visi Sekolah)!



"Ummi, salahkah jika saya menyintainya?"

Saya terkedu apabila soalan itu keluar dari mulut mongel itu lalu singgah di telingaku beberapa tahun lalu. Ya. saya sedar puteriku sudah remaja, sudah mengenali alam percintaan. Namun apa boleh kubuat kini dia telah jatuhcinta!

Apakah yang bakal kubualkan kepadanya tentang cinta?! Saya mencongak kata-kata yang bakal kususun, agar dia tidak akan lari dari saya. Saya bertekad untuk menjadi ibu yang mendengar. Jika saya gagal,saya
akan kehilangannya buat selama-lamanya…

Apakah cinta itu sebenarnya?

Bagaimana Islam memandang cinta?

Bagaimana pula jika cinta telahmenghampiri kita?

Cinta atau mahabbah asalnya bermakna bening dan bersih. Boleh diertikan juga air yang melimpah ruah selepas hujan turun dengan lebatnya. Oleh itu disimpulkan al Mahabbah sebagai luapan hati dan  rindu ketika diselubungi keinginan untuk bertemu dengan kekasih.

Cinta boleh membawa sengsara namun boleh juga membawa bahagia.
Ianya bergantung kepada bagaimana kita mengurus cinta .



Islam memandang cinta terhadap berlainan jenis dalam 3 perspektif :

1. Mencintainya kerana Allah 

(Mendekatkan diri pada Allah dan mentaatiNya). Ini termasuk cinta yang bermanfaat.

Contohnya:

Cinta suami isteri yang bernikah untuk menjaga dirinya dari perkara maksiat dan juga bernikah kerana mengikuti sunnah Rasulullah menyambung generasi pejuang. Cinta seorang sahabat kepada sahabat yang sama jantina, cinta anak2 kepada ibubapanya, cinta murabbi kepada mutarabbinya dan banyak lagi.



2. Cinta yang mendatangkan murka Allah.

Lebih kita kenali sebagai cinta kerana nafsu berahi. Cinta inilah yang memalingkan diri kita dari Allah, membuat kita lupa akanNya dan mendorong untuk melanggar syariatNya.

Firman Allah: "Dan diantara manusia dan orang yang mengangkat sembahan selain Allah, mereka mencintai sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman sangat cintanya pada Allah. Dan Allah tidak akan menunjuki orang - orang fasik."

(Al Baqarah: Ayat 165)



3. Cinta yang mubah (harus),

Cinta yang tidak ada unsur kesengajaan.

Misalnya tanpa sengaja kita (lelaki) melihat wanita atau kita (wanita) melihat lelaki kemudian jatuh cinta dan perkara ini tidak sampai kita membuat maksiat pada Allah.Kita merahsiakannya dan menahan diri kita untuk tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang kerana tanggungjawab menuntut ilmu dan berjasa kepada ibu bapa mestilah dutamakan. Menolak dan memelihara diri dari tohmah dan fitnah masyarakat sekeliling lantaran menterjemahkan keakraban atau cinta antara lelaki dan perempuan yang mana fitnah itu bermula dari diri KITA!

Jadi bagaimana kita menanggapi dan mengurus perasaan cinta yang menghampiri kita?

Mana mampu kita menolak datangnya cinta, kerana cinta itu datang tanpa diundang dan fitrah (semulajadi) yang pastinya semua manusia yang normal akal dan hatinya merasai fitrah tersebut .

Umpama pencuri, cinta itu laksana panah asmara yang menikam mata dan menusuk ke hati.Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan dibendung. Cuma kita hendaklah berlaku jujur dan menyalurkannya mengikut kehendak syariat!.Tidak SALAH dan tidak juga RUGI malah MENDAPAT GANJARAN YANG BESAR DISISI-NYA sekiranya CINTA MUBAH itu dipinggirkan dahulu demi mencapai perkara yang lebih UTAMA iaitu ILMU. Antara CINTA dan ILMU pastilah dari sudut Fiqh Al-Awlawiyatnya adalah ILMU!



PERLU DINGAT 

Perasaan 'cinta suci remaja' memang biasa diucapkan, cuma dalam hal ini syaitan memainkan peranan dalam menggelincirkan kita kepada kemungkaran dan larangan Allah.

Memang adat bercinta semuanya mendakwa cinta mereka ikhlas dan suci murni tetapi syaitan memainkan peranannya sehingga tidak kita sedari ia banyak melanggar larangan Allah.

Ingatlah bahawa setiap haram itu adalah haram walau apa keadaan sekalipun, cuma kita yang kadang-kadang cuba 'menghalalkan'nya dengan kita membuat pelbagai alasan itu dan ini.



Di sisi Allah ianya adalah satu dosa dan setiap dosa layaknya adalah neraka.

Tidakkah kita lihat hadis Rasulullah ini dalam sunnah Ibni Majah:

"Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah."

Apa?, Nikah?,!!

Tidak mungkin.......sekolah pun belum habis, bagaimana nak bernikah???
Marilah kita lihat apa yang dikatakan pencipta kita, Allah azza wajalla:

"Janganlah kamu menghampiri zina....." Al Isra':Ayat 32

"Ah terlalu ekstrim, takkanlah jika kita bercinta boleh dianggap mendekati zina...." tapi bukankah kita sudah pernah mendengar sabda Rasulullah:

"Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita... Tidaklah bersendirian diri dengan seorang wanita kecuali ketiganya Syaitan....."
(Hadis Tabrani)

"Kedua tangan juga dapat berzina dan zinanya adalah menyentuh dan kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju tempat maksiat) dan mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman" 
(Hadis Muslim dan Abu Daud)



Anakku,

Kamu adalah seorang remaja muslim yang baik yang tidak akan berdalih lagi untuk mengelak dari akur dengan larangan Allah dan RasulNya .

Mampukah anakku untuk tidak berdalih lagi?

Jadi ummi..,
apakah penyelesaiannya?



Bagi anakku yang sudah merasai panahan cinta,

Rahsiakan cintamu dalam hati, berusahalah melupakannya buat sementara waktu dan sibukkan diri dengan sesuatu yang bermanfaat,

Tahanlah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama seperti mengelamun, berangan-angan dan membayangkan wajahnya yang tampan dan menggoda.

BERSABARLAH menghadapi ujian cinta ini. Yang penting beralihlah pada AYAT-AYAT CINTA ALLAH YANG MAHA AGUNG. Agar CINTAMU terarah dan terpimpin oleh SANG PEMBERI CINTA; ALLAH YANG MAHA PENCINTA!

Jagalah batas-batas pergaulan.

Peliharalah kehormatan diri.

Jangan biarkan cinta yang mubah ini menjadi cinta yang salah dan dimurkai Allah.

Berdoalah kepada Allah agar Dia pertemukan kamu dengan seorang teman hidup yang soleh/solehah baik untuk agamamu,dunia dan akhiratmu!

Apabila tiba masanya nanti, andai itu QADHA’ DAN QADAR serta HADIAH ISTIMEWA ALLAH untukmu, insya-allah kamu akan ditemukan dalam hubungan yang diredhai Allah. Yakinlah!

Pun begitu anakku,



Perhatikanlah juga perkara - perkara di bawah agar hatimu tidak mudah menjadi rawan:

1- Tundukkan pandanganmu dari perkara-perkara yang boleh menaikkan nafsu.

2- Ataupun janganlah merenung kaum berlawan jenis (surah An-Nur:30-31)

3- Hindari berduaan dan ikhtilat (campur gaul tanpa batasan).

4 - Janganlah berwenang-wenangan berinteraksi dengan yang bukan mahram walaupun menggunakan sms, chat dan alatan2 canggih masakini.

5- Hindari menonton filem-filem cinta yang mengasyikkan dan filem seks yang mengghairahkan nafsu.

6- Hindari bacaan-bacaan/novel-novel yang menghanyutkan hati kita lantas tergoda dengan perangkap cinta palsu.

7- Hindari lagu-lagu cinta kerana boleh melemahkan hati dan memendekkan cita-cita.

8- Sibukkan dengan mengaji dan berzikir.Bergaullah dengan kawan-kawan yang baik, kerana kadang-kadang hati kita kalah kepada 'cinta' ini kerana kebodohan kita terhadap ilmu agama dan lemahnya iman kita.Apabila kita telah mempunyai "teman akrab", cukuplah kiranya kita fahami firman Allah;

"Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit kedua tangannya seraya berkata:'Aduhai, kiranya dulu saya mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku. Kiranya saya (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrabku (kekasihku).Sesungguhnya dia telah menyesatkan saya dari Al-Quran ketika Al-Quran telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia."

(Surah Al Furqan:Ayat 27-29).

Maka janganlah kita menyesal di kemudian hari, kerana terlanjur mengambil seorang "teman akrab" yang kononnya menyintai kita.

Berpuasalah untuk meredam perasaan nafsu dan rindu dendam. Ingatlah firman Allah,

"Adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran tuhanNYA dan menahan diri dari keinginan nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempatnya."

(Surah An Naziat :Ayat 40-41).

Anakku,

Pernikahan itu halal dan jalan yang terbaik sebagai salah satu jalan penyelesaian..tetapi ianya hanya mencapai hukum sunat atau mendapat pahala sekiranya kalian semua sudah benar-benar ‘bersedia dan mampu’ dari segi fizikal, kewangan, emosi dan intelekmu.

Kerna..pernikahan bukan sekadar menghalalkan yang sesuatu yang sebelumnya diharamkan olehNya tetapi disebalik sebuah ikatan suci itu tergalas dibahumu segunung tanggungjawab dan selautan amanah dari ILAHI!.

Aduhai ummi, susahnya!

BOLEH ANAKKU jika kamu mahu,jangan bersedih. Syurga itu terlalu indah untuk didiami, justeru untuk mendudukinya bukanlah sesuatu yang mudah!. Dalam hadith, Rasulullah juga bersabda bahawa

“Jika kita meninggalkan sesuatu yang disukai manusia, tapi dibenci oleh Allah maka Allah akan mencukupkan diri kita dari sesuatu yang kita perlukan.”

ALANGKAH BAIKNYA ALLAH ,
Sanggupkah kita mengkhianatiNya?

Bukankah Dia yang telah mencipta dan memelihara kita selama ini?!!

 Tidakkah Dia lebih baik dan sesuai, untuk dicintai? Rasulullah bersabda:

"Tidak sempurna iman seorang hamba hingga ia lebih mencintai Allah daripada mencintai anaknya, orang tuanya dan semua manusia."

Siapakah yang dapat menolong kita di akhirat nanti? Kekasih-kekasih kita kah?

Tentu tidak. Oleh kerana itu tetaplah tersenyum dan berlapang dada dalam menghadapi CINTA ini.

Insya-Allah, Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik, kekasih yang suci dan soleh/solehah didunia ini dan syurga di akhirat nanti.

BERJUANG DAN BERJIHADLAH ANAKKU!

MOGA KALIAN AKAN MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH, PENYEJUK MATA IBU DAN AYAH JUA.. PENAWAR LELAHNYA PARA MURABBI DI MADRASAH!

DOAKU SENTIASA MENEMANIMU DALAM MENGEMUDI PELAYARANMU YANG MASIH JAUH DAN PANJANG,INSYA-ALLAH!



Salam Kasih Murabbi:

Ummu Farhana Farhan
Kamar Indah Kenangan, BTP
Februari 2012.


Published with Blogger-droid v2.0.4

..:: Aktiviti Dakwah's Crew ::..