Wednesday 27 June 2012

Munajat Kesyukuran


Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran kami panjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana tanpa izin-Nya; kami tidak akan mampu untuk melaksanakan program ini. Selawat & salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in seterusnya mujahiddin yang dirahmati Allah kerana tanpa perjuangan baginda & pewaris baginda, nescaya Islam tidak akan mampu kita kecapi.

Sedar tidak sedar, pejam celik pejam celik, kini kami sudah berada di semester 3; bermakna tahun ini merupakan tahun kedua pengajian kami di Darul Quran yang tercinta.

Tidak dapat dinafikan, ukhuwwah Islamiah yang terbina atas dasar akidah merupakan nikmat yang sungguh manis & berharga. Walaupun begitu, kita harus ingat, ukhuwwah yang terbina pasti akan diuji dengan pelbagai rintangan bagi mengukuhkan ikatan yang telah dijalin. Itulah lumrah alam, itulah sunnatullah. Kita pasti akan diuji bagi membuktikan sejauh mana keimanan kita kepada-Nya.

Semester 3 di Darul Quran merupakan semester yang cukup sibuk kerana saat inilah, semua pelajar semester 3 akan dilatih dengan kepimpinan. Pelajar-pelajar semester 3 lah yang mula mencatur perjalanan kampus Darul Quran. Masing-masing mula wujud pelbagai komitmen, sama ada persatuan, kelab, program-program mahupun aktiviti luar. Ketika inilah, ukhuwwah mulai teruji.

Alhamdulillah, Saudara Idris selaku ketua syukbah begitu pantas mengatur langkah bagi mengeratkan kembali tautan hati yang kian renggang seiring ligatnya putaran waktu. Oleh itu, pada hari Isnin yang lepas bersamaan 25 Jun 2012 telah diadakan Solat Hajat Perdana & Bacaan Yasin antara kami semua. Solat Hajat tersebut diimamkan sendiri oleh Saudara Idris selaku ketua syukbah. Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan Yasin secara berjemaah diketuai oleh Saudara Munir Bin Rahimi yang merupakan salah seorang ahli syukbah merangkap Setiausaha Perwakilan Semester.

   Suasana menjadi lebih gamat & meriah saat penyerahan baju korporat yang telah lama ditempah. Cantik! Smart! Memang berbaloi tempah baju ni. Majlis disudahi dengan bacaan doa & bersalam-salaman sambil memohon kemaafan antara ahli syukbah.

Ya Allah! 
Syukur pada-Mu kerana kami mampu merasai kembali nikmat ukhuwwah atas tautan hati kami yang engkau kukuhkan sebelum ini,
Ya Allah!
Janganlah Engkau putuskan ikatan ini,
Jangan Engkau pisahkan kami setelah bertautnya hati kami,
Ya Allah!
Engkau satukanlah hati-hati kami atas kebenaran,
Atas jalan yang Engkau redai,
Ya Allah!
Hanya Engkau yang Maha Berkuasa,
Hanya Engkau yang Maha Bijaksana,
Kepada-Mu kami menyembah,
Kepada-Mu juga kami berserah,
Semoga ikatan yang terbina kerana-Mu hanya akan berakhir kerana-Mu.
Amin Ya Rabbal A'lamin.

Friday 15 June 2012

TERISTIMEWA BUAT AKHAWAT...

Akhawat..

Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi..bukan diciptakan daripada kepala yang disanjung dan dipuja..bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya...lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?....

Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya...

Akhawat..

Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai SI MAWAR BERDURI...Sesungguhnya Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu "Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita". Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?

Ingatlah duhai akhawatku, ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus,suci,mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu..

Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah,bertunjangkan ilmu dan kebenaran,bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya wanita solehah menjadi idaman insan soleh bernama Adam...

"Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik"...



Ya Allah.... Jadikan kami bidadari syurga.... Amin Ya Rabbal Alamin....


           ~adaptasi daripada novel TAUTAN HATI, karya fatimah syarha mohd noordin.
           ~buat renungan bersama.....


..:: Aktiviti Dakwah's Crew ::..