Showing posts with label Coretan. Show all posts
Showing posts with label Coretan. Show all posts

Thursday, 16 February 2012

..:: Burung ~ Hikmah Bagi Yang Berfikir ::..


Burung-Hikmah bagi yang berfikir


Jika kita perhatikan alam ciptaan Illahi ini, berbagai-bagai pengajaran dapat diteladani dari kejadian alam. Antara makhluk ciptaan Allah yang kita dapat perhatikan adalah burung.Burung jika diperhatikan dari kawasan yang bermusim dingin akan sentiasa berhijrah ke kawasan yang lebih panas. Memang sudah menjadi lumrah alam penghijrahan tersebut dilakukan secara berkumpulan. Dan dalam setiap perkumpulan tersebut pasti ada seorang ketua yang sentiasa berada di hadapan. Selain memiliki ketua, sekumpulan burung ini turut berhijrah mengikut formasi tertentu iaitu formasi berbentuk V. Secara saintifiknya formasi ini menghasilkan satu bentuk aero-dinamik yang membahagikan rintangan angin kepada setiap ahli burung yang sekaligus memudahkan penghijrahan jika dibandingkan dengan penghijrahan berseorangan. Maka untuk membentuk formasi tersebut amatlah penting akan wujudnya komponen perpaduan dan kerjasama di kalangan burung tersebut. Subhanallah, bertapa tingginya hikmah penciptaan burung itu.

Marilah kita melihat realiti hari ini. Keadaan umat Islam hari ini jelas sekali terumbang-ambing. Kita seolah-olah menjadi ‘pak turut’ terhadap segala apa ideologi yang dilaungkan oleh musuh-musuh kita. Sehinggakan isu-isu besar yang menyentuh soal agama sekalipun tidak diendahkan. Tiada lagi sensitiviti terhadap isu yang menimpa saudara-saudara sendiri sepertimana yang menimpa tanah Palestina. Tiada lagi kesepaduan di kalangan kita sepertimana yang ditonjolkan oleh sekumpulan burung tadi. Masing-masing mahu hidup ‘nafsi-nafsi, lu punya suka, gua punya suka’. Masing-masing tak mengendahkan apa yang menimpa orang lain asalkan hidup sendiri bahagia.Menyingkap kembali zaman kegemilangan Islam di kala dahulu, seluruh umat Islam di seluruh dunia disatukan di bawah satu pemerintahan dan ketaatan setiap rakyat ditujukan kepada satu khalifah. Kesepaduan di saat itu amatlah jelas kukuh dan semua umat Islam bagaikan anggota-anggota badan manusia. Jika tangan terluka seluruh tubuh merasai kesakitannya. Jika kaki dijangkiti kuman seluruh tubuh berkerjasama untuk menyembuhkannya. Alangkah indahnya saudara-saudara sekalian. Sifat seperti inilah yang difirmankan oleh Allah dalam kalam-Nya; 

"Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya…"(33:4). Dalam satu badan manusia hanya ada satu hati dan dalam satu umat juga hanya ada satu hati.

Ayuh semua. Di sini diri ini menyeru kepada diri sendiri dan kalian semua untuk bersama-sama kita membina kekuatan ukhuwwah di antara kita. Ukhuwwah yang didasarkan atas aqidah hanya kepada Allah Taala semata-mata. Sedarlah bahawa perselisihanlah yang menyebabkan kita berpecah-belah. Ingatlah perintah Allah dalam surah al-Hujuraat ayat 10: 

"Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. InsyaAllah Islam pastikan tertegak kelak."

..:: Prog : Mahabbatul Du'at (M.A.D.U.) ::..


Syukbah Dakwah Nuqliuz dengan kerjasama Jabatan Pengajian Al-Quran Darul Quran telah mengadakan satu program yang mana pesertanya terdiri dari kalangan anak-anak yatim di bawah jagaan Persatuan Kebajikan Ehsan As-Syakur (PERKEAS) yang bertempat di Bandar Tasek Puteri, Rawang. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan, antaranya adalah ice breaking, LDK dan juga slot Lau Kana Bainana.
Di antara objektif Program Mahabbatul Du’at ialah melatih para pelajar berhadapan dengan masyarakat disamping mengaplikasikan ilmu dakwah yang telah dipelajari.
Majlis penutup Mahabbatul Duat telah disempurnakan Tuan Jamali bin Mustofa, Penyelia Persatuan Kebajikan Ehsan As-Syakur. Dalam ucapan beliau, beliau mengharapkan program sebegini merupakan titik perrmulaan jalinan ukhwah antara PEKEAS dengan Darul Quran.
Turut hadir dalam majlis tersebut, Haji Rosli B Haji Abd Ghani, Yang diPertua Pusat Kebajikan Ehsan As-Syakur, dan Ustaz Ramlee Abd Rasyid, Pengerusi Surau Firdaus.






..:: Kasih Sayang, Kejayaan dan Kekayaan ::..


Kasih Sayang, memberi kebahagiaan kepada manusia. Ia punca Kejayaan & Kekayaan.


Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.  Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya. "Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar." "Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun  memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang!" Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam. "Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.

"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu. Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan : "Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah." Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!" Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya : "Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!" "Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.

"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita." Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami." Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan : "Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Thursday, 9 February 2012

M.A.D.U


Apa itu M.A.D.U ?



          tapi yang pasti bukan madu diatas yg akan dijadikan cerita. 
Act, M.A.D.U tu singkatan nama bagi MAHABBATUL DUAT.. M.A.D.U merupakan program sulung bagi Fakulti Dakwah Darul Quran, Jakim yang dimonopoli oleh kelas Hisham + Ibn Zakwan. 



Alhamdulillah, Segala puji bagi ALLAH, Tuhan yang Menguasai Seluruh Alam. Dengan Limpah kurnia-NYA, ahli syukbah dakwah NUQLIUZ kali ini dapat mengadakan program bersama anak-anak yatim Pertubuhan Kebajikan Ash-Shakur ( PEKEAS ), Rawang pada 28 Januari 2012. PEKEAS dinaungi oleh Tn. Haji Rosli bin Abd. Ghani merangkap Pengerusi PEKEAS. Dengan membawa tema “ Sayang ALLAH, Sayang RASULULLAH ”, Program Mahabbatul Du’at ( M.A.D.U ) ini bertujuan membawa mesej-mesej Islam yang sesuai untuk dikongsikan bersama anak-anak yatim selain mengeratkan ukhuwah ahli syukbah dakwah dengan masyarakat luar.

Program selama 1 hari ini telah memberi ruang kepada kami utk berhadapan dengan masyarakat di samping mengaplikasikan ilmu dakwah yang telah dipelajari. Seramai 39 orang pelajar diiringi oleh Ustazah Suhaida selaku penasihat kami bertolak dari Darul Quran pada pukul 7 pagi. Setelah hampir 45 minit perjalanan, kami akhirnya sampai di PEKEAS. Kami telah disambut baik oleh penghuni di sana dan juga Atuk (Tuan Haji Jamali yg lebih mesra dengan panggilan Atuk) yang telah diberi kepercayaan untuk menguruskan PEKEAS.

Program ini  dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Unit Programmer sendiri. Disamping itu, lagu tema ‘ Bila Diri Disayangi ’ turut diputar bagi menceriakan suasana. Pelbagai slot dan aktiviti yang disediakn. Antaranya slot ‘ Lau Kaana Bainana ’ (Andai Rasulullah Bersama Kita) yang disampaikan oleh ahli syukbah dakwah sendiri,saudara Zahidi Razak yang telah memberi peluang kepada para peserta utk menyayangi Rasulullah dan diri mereka sendiri.

Pada sebelah petangnya pula, para peserta diberi peluang untuk mendalami ilmu fardu ain melalui aktiviti ‘ Kembara ilmu ’. Pelbagai gelagat koordinator, Fasilitator dan peserta yang dapat dirakam sepanjang slot tersebut. Keseluruhannya, Alhamdulillah, para peserta seronok dengan aktiviti yang disediakan.


Acara kemuncak dalam Program Mahabbatul Du’at ini ialah Jamuan BBQ pada majlis penutup program. Jamuan disediakan sendiri oleh kami khas untuk para peserta pada malam itu. Antara menu utama dalam jamuan kami pada malam itu ialah BBQ, nasi goreng cina dan coleslaw. Semua menu tersebut disediakan sendiri oleh ahli syukbah dakwah yang tidak kurang hebat masakannya. Kami dapat lihat keterujaan para peserta dalam menikmati jamuan malam itu lantaran jamuan yang disediakan dinikmati dalam talam secara berjemaah. Terpancar kemanisan ukhuwwah pada malam itu. Pastinya saat ini tidak akan kami lupakan sampai bila-bila.

Setelah itu, kami bertolak pulang ke Darul Quran pada pukul 11 malam. Setiap apa-apa yang dirancang, pasti terdapat sedikit kekurangan. Itulah tandanya bahawa manusia ini terlalu lemah untuk berdiri sendiri, perlukan Allah sebagai pembimbing. Namun begitu, kami berjaya mengatasinya. Kami berharap agar pengalaman pertama kami ini dapat mematangkan kami sekaligus memberi peluang kepada kami untuk mengadakan program yang akan datang dengan lebih baik tanpa 'salahfaham' lagi.
Semoga Allah membukakan pintu hidayahNYA dan mengampunkan kesilapan yang berlaku.

Tiba-tiba satu persoalan menelusuri serembrum otak kami?
Adakah M.A.D.U.  siri 2 akan menyusul ?
mungkin....
tapi,
peperangan tidak akan tercetus dan dicetus lagi...ngee~
InsyaAllah..

Wednesday, 31 August 2011

Ta'aruf Semestar Nuqliuz

Logo Darul Quran

Logo Pertubuhan Kebajikan Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT)

Logo Semestar Nuqliuz

Muqadimah


Alhamdulillah, seinfiniti syukur disandarkan kepada Pencipta semesta, ALLAH s.w.t. Meskipun Syukbah Dakwah Nuqliuz baru sahaja bertapak di semestar pertama, namun hasrat perjuangan sudah bergelojak mahu mendaulatkan Islam di setiap penjuru dunia. Justeru, kewujudan blog sinergiislah.blogspot.com ini merupakan suatu manifestasi jihad millenium yang selayaknya mengkehendaki nilai kreatif & kritis dalam mentaliti kader-kader dakwah. Siapa kata graduan huffaz bersifat pasif dan ketinggalan?? Barisan jundi-jundi huffaz di Darul Quran akan terus seiringan giat berjuang di persada yang telah menumpahkan darah nyawa Hassan al-Banna, juga berkecai luluh cebisan tubuh Syed Yassin serta di jejak jihad ini jugalah gugur satu demi satu syuhada' Islam. InsyaAllah, Mari bergandingan dalam kebangkitan Huffaz al-Quran!

..:: Aktiviti Dakwah's Crew ::..