Tuesday 18 December 2012

HARIMAU VS NYAMUK




Apa yang saya nak kongsikan di sini, bagaimana perbandingan yang sahabat saya Elya sampaikan kepada saya dan sahabat-sahabat semasa berbual-bual semalam. Perbandingannya cukup menarik, mengajak manusia berfikir. "Berapa orang yang mati akibat dibaham harimau setahun?" Kami terfikir dengan apa yang disampaikan Elya semalam. Benar, boleh dibilang dengan jari di sebelah tangan. Watak harimau yang terbayang ialah haiwan ganas, besar, kuat, digeruni dan lain-lain. Namun, bilangan yang mati dibaham Pak Belang ini melalui statistik terlalu sedikit berbanding dengan manusia yang mati akibat nyamuk.

Apa yang terbayang di fikiran kita, nyamuk adalah serangga kecil, lemah, sekali jentik pun boleh mati dan lain-lain. Namun, statistik menunjukkan, kematian akibat nyamuk saban tahun jauh lebih tinggi daripada akibat dibaham harimau. Apabila disebut nyamuk, kita akan terbayang demam denggi, JE, cikungunya (Us. yang menyampaikanm tazkirah yang saya ikuti semalam menyebut demam "Cikgu Ya" disebabkan sukar menyebutnya : ) ).

Mesej yang hendak disampaikan semalam ialah kekadang kita sebagai muslim selesa atas dasar kita tidak pernah melakukan dosa-dosa besar. Kita mungkin tidak membunuh, meminum arak, berzina dan lain-lain lagi tetapi kita selalu lalai dengan dosa-dosa kecil yang telah kita kumpulkan dengan begitu banyak. Kita kurang menyedari dosa kecil yang kita lakukan sedangkan ianya menjadi saham untuk memudahkan kita memasuki neraka yang kita tidak ingini.

Perbandingan yang disampaikan menyebabkan kami teruja. Mudah sekali perbandingannya dan cukup tepat. Sememangnya kita cukup selesa tinggal di bandar dan pekan yang tidak ada harimau di kiri dan kanan tetapi kekadang kita kurang berfikir soal serangan nyamuk, si serangga kecil yang mampu membawa kepada kemudharatan.

Mesejnya, berhati-hati dengan dosa kecil yang terkumpul. Jangan hanya kerana terlalu memikirkan soal melarikan diri dari harimau semata-mata sehingga kita lupakan kesan nyamuk, si serangga kecil yang pernah membunuh Namrud satu ketika dahulu.

"Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosa kami sama ada besar atau kecil, sengaja atau tidak sengaja, sekiranya Engkau tidak mngampunkan dosa kami, siapa lagi yang akan mengampunkan dosa kami Ya ALLAH.....”


By; hafiizatul_quran@yahoo.com

Wednesday 17 October 2012

Kenali personaliti anda!



Alhamdulillah wa syukurillah. Baru-baru ni ana berkesempatan mengikuti satu talk 'kenali potensi diri' by che' mat. Beliau merupakan seorang master trainer yg memiliki satu consultant yg agak terkenal di negeri sembilan : Al-Faliheen Management http://alfaliheen.blogspot.com/ . Terdapat beberapa benda menarik yg beliau ajarkan kepada kami dalam talk selam 2 jam, iaitu bagaimana untuk mengenali diri kami.

Ana amat yakin, ramai sudah maklum bahawa pakar2 NLP (Neuro Linguistik Programme) mengklasifikasikan personaliti manusia kepada empat iaitu  visual (V), auditory (A), kinestatic (K) dan audio digital (AD). Untuk mengenali siapakah diri anda, sila lakukan aktiviti ini :
1) hendakalah duduk berpasangan dengan kawan menghadap muka ke muka.
2) seorang akan menceritakan sesuatu peristiwa (apa2 sahaja) tanpa menggerakkan tangan dan badan.
3) yg mendengar hendaklah sentiasa memandang mata kawannya.

Keputusannya adalah seperti berikut :
V - sekiranaya mata yg bercerita itu sering naik ke atas.
A- sekiranya mata asyik ke kiri dan kekanan
K - sekiranya mata selalu ke arah kiri bawah (kiri org yg brcakap) 
AD- mata ke kanan bawah org yg brcakap

Ciri2 mereka pula :
V - suka pada gambar, pandang ke atas untuk dapat gambaran, cakap straight to the point, pentingkan gerakan fizikal penceramah dari isinya.
A - lebih pentingkan mendengar drpd melihat, selalu menyusun kata2nya supaya tidak menyinggung perasaan.
K- suka pada gerakan
AD - org berjiwa seni, bercakap selalu dengan penuh perasaan.

Who are you?

Noted : Terkadang apabila sudah mengenali personaliti sahabat kte memg begitu barulah kte dpt mula memahami dan menerima mereka seadanya. InsyaAllah akan bersambung untuk tips2 tackle mad'u. Biiznillah.

Monday 24 September 2012

Jagalah Hatimu!


Dengan Nama Allah S.W.T. yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat & salam kupanjatkan atas Rasul Junjungan, Rasulullah S.A.W. yang menjadi belahan jiwa setiap insan yang beriman. 

zina

“Katakanlah (Wahai Muhammad), jika benar kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintaimu & mengampunkan dosa-dosamu . Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Ali-Imran 3 : 31)

Sahabat-sahabat seperjuanganku,

Izinkanlah diri ini berbicara, luangkanlah masamu biarpun seketika; biarpun tidaklah sehebat mana, namun kuharap picisan ini dapat dibaca. Bukanlah nama yang ingin kutempa, populariti sudah tentu bukan jawapannya jua, sekadar luahan rasa; buat peringatan kita bersama-sama.

Aku sedar sahabat-sahabat sekalian tidak kiralah muslimin & muslimat mulai resah & gelisah dalam memikirkan persoalan teman hidup. Normallah dalam usia lingkungan 18 ke 20-an memikirkan hal-hal sebegini. Itu fitrah kita sebagai manusia, punyai rasa untuk mencintai & dicintai, merindui & dirindui, menyayangi & disayangi (Macam pernah dengar ayat ni kan? Lagu kumpulan In-Team.Lupalah tajuknya). Namun, bukanlah lagu ini yang menjadi isu perdana yang ingin kubahaskan pada ‘post’ kali ini. Jadi, apa persoalannya? Jomlah kita baca dulu sampai habis. Boleh kan?

Sahabat-sahabat seperjuanganku,

                Begitu pantas masa berlalu, pelbagai peristiwa terpahat seiring perjalanan waktu, pelbagai amanah mulai tergalas di bahu; mematangkan sukma & kalbu. Perasaan cinta mulai merasuk kalbu, menenggelamkan diri dalam lautan rindu. Aduhai sahabatku, andainya engkau tahu, betapa sedihnya diriku tatkala melihat dirimu haru-biru.

                Aku akui cinta itu fitrah insani, tidak pernah & tidak akan kunafikan walaupun sekali. Aku juga punyai hati, punyai cinta dalam diri, turut bergejolak menyeksa diri. Namun, aku mengerti cinta bukanlah untuk menyakiti, lantaran itulah prinsipku sehingga kini, biarlah yang tahu hanya Dia & diri ini, tidak akan ada yang tahu selain kami, sehinggalah masanya tiba nanti.

Sahabat-sahabat seperjuanganku,

                Jagalah hatimu. Jangan pernah biarkan walaupun sekali untuk imanmu dikuasai nafsu. Pertahankanlah imanmu sehingga ke akhir waktu. Aku tahu bukanlah mudah untuk dilaku, namun mujahadah itu sangatlah perlu. Ingatlah mujahadah itu sepahit hempedu, kerna syurga itu manis umpama madu; malahan lebih dari itu. Semoga di syurga hakiki kita bertemu.

Ya ikhwani yang kucintai keranaNya,

                Andai engkau menjadi ketua, janganlah cuba bermain kata; memikat dengan keindahan bahasa, kelak tersungkur engkau di hadapanNya. Janganlah sesekali engkau mencuba. Selagi belum bersedia memperisterikannya! Andai langkah dimulai si dia, peringatkanlah kembali hukum Tuhan padanya. Bahawa haram untuk MENGHAMPIRI ZINA, apatah lagi bermanja-manja, berzina tidak perlulah untuk dicerita, semua pun faham belaka.

Ya ikhwati yang kukasihi keranaNya,

                Jagalah bicaramu, janganlah sengaja engkau mendayu-dayu, sendainya tetap engkau begitu, laknat Allah S.W.T. atas dirimu. Jadikanlah malu itu perisaimu, sebagaimana auratmu yang engkau pelihara rapi sebegitu; tudung labuh pilihanmu, malahan berpurdah pula segelintir daripadamu . Jangan biarkan malumu hanya pada pakaianmu, tetapi juga dalam percakapanmu, sudah tentu juga dalam pergaulanmu. Hendaklah malu juga engkau dalam melakukan maksiat pada Tuhanmu, jangan dilupa itu, malahan itulah yang seharusnya menjadi nombor satu.

                Pertahankanlah kemuliaan dirimu, jangan demi seorang lelaki yang belum halal bagimu, engkau gadaikan kemuliaanmu. Jagalah dirimu untuk suamimu, jangan pernah engkau lupakan itu! Janganlah engkau bocorkan segala perihal dirimu, apatah lagi masalahmu, pada si dia yang belum halal bagimu, meskipun dia tunanganmu! Adulah pada Allah S.W.T., Tuhanmu yang satu, yang Maha Mengetahui segala sesuatu, meskipun tersembunyi dalam kalbu. Bukankah Nabi Ya’kub A.S. pun pernah mengajarkan pada aku dan dirimu supaya hanya kepadaNya segala-galanya diadu?

“Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan & dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang tidak kamu mengetahuinya.”
(Surah Yusuf 12 :86)

                Seandainya tidak mampu, mengapa tidak engkau luahkan pada sahabat-sahabat sejantinamu? Atau pada guru-guru atau murobbitahmu? Mengapa perlu diluah kepada insan yang tidak perlu? Ambillah nasihatku melalui mata hatimu, jangan dibiar nafsu menguasaimu.

Sahabat-sahabat seperjuanganku,

                Janganlah menjadi fitnah kepada perjuangan ini. Jalan ini suci, cinta itu juga suci, jangan sesekali engkau cemari! Tabahkanlah jiwa & hati, moga beroleh rahmat Ilahi. Kusedar bukanlah sesiapa diri ini, tulisan pula tidaklah berkualiti, bukan pula orang selayaknya untuk memberi, tapi hayatilah nasihatku ini, buat bekalan dalam perjalanan ini.

Wallahu A’lam.
Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

Thursday 9 August 2012

HIJRAH.. (PART 2)


           Hmm.. tika aku menaip cerita ini telinga ku sedang dimanjakan dengan lagu Permata Yang Dicari nyanyian Dehearty. Aku suka sangat mendengar lagu ini semenjak akhir-akhir ini. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Kadang kala semasa aku pulang dari kampus, secara spontan saja lagu ini aku dendangkan walaupun ada tikanya aku terlupa lirik. Hehe. Memalukan saja aku ini kan? Macam perempuan saja lagaknya. Ah.. apa aku kisahkan. Ini diriku, lantaklah aku mahu menyanyi lagu apa sekalipun. Huh! Merepek saja aku ini. Baiklah, jujurlah aku cakap, sebenarnya aku ada cerita disebalik lagu ini. Sengaja main sorok-sorok tadi. Hehe.
Ceritaku kali ini tentang seorang permata yang baru aku temui baru-baru ini. Kisah pertemuan aku dan dirinya, indah. Namun tidak aku ketahui adakah ia turut indah bagi kalian yang membaca cerita ini. Kisahnya begini, hari Sabtu lalu aku dan bersama Taufiq telah menghadiri satu majlis ilmu di sebuah masjid kawasan ibu kota ini. Tidak perlulah aku memberitahu nama masjid itu, cukuplah Tuhanku,aku,sahabatku dan permata itu yang mengetahuinya. Aku tiba di sana pada pukul lapan pagi dan majlis itu bermula pada jam 8.30 pagi. Pagi itu, aku keluar dari rumah tanpa mengambil sarapan terlebih dahulu, jadi apabila telah tiba di sana perutku mula merengek minta diisi.
“Taufiq, enta dah sarapan ke?” Soalku kepada Taufiq yang ketika itu sedang menanggalkan kasutnya untuk masuk dalam masjid.
“Ya, ana dah sarapan. Enta belum sarapan ke?” Dia pula bertanya padaku sambil memandang aku yang berada di sebelahnya.
“Lebih kurang macam itu lah.”Jawabku sambil tersengih kambing padanya.
“Kenapa tak beritahu awal-awal? Kalau tak, ana boleh belikan makanan untuk enta. Enta kan ada gastrik.”
“Enta jangan risau sangat. Ana dah biasa.”
Taufiq tidak menghiraukan kata ku, dia terus mengajak aku mengikutnya ke sebuah restoran berdekatan untuk bersarapan. Itulah Taufiq yang aku kenali semenjak aku menuntut di sini. Dia amat prihatin pada ku dan juga sahabat-sahabat yang lain, walaupun sesibuk mana sekalipun dengan tanggungjawab yang dipikulnya.
Jam 8.20 pagi, aku dan Taufiq kembali semula ke masjid. Ketika aku ingin melangkah ke tangga pertama, telinga ku telah menangkap suara seorang perempuan. Pantas ku menoleh ke arah suara itu di sebelah kananku. Tidak aku hiraukan Taufiq yang telah berjalan meninggalkan aku.
“Adik, kenapa tidur sini?” Wanita itu bertanya kepada seorang kanak-kanak perempuan yang tidak terurus pakaiannya. Tangannya menggosok pipi kanak-kanak itu.
“Saya tidak ada rumah,akak.”Balas kanak-kanak itu sambil menundukkan wajahnya.
“Ya Allah, betul ke?”
Kanak-kanak itu mengangguk dan bersuara. “Akak, saya lapar.”
“Okey, jom ikut akak ke restoran di luar sana.”Dia menghulurkan tangannya untuk di pegang oleh kanak-kanak itu. Terukir senyuman pada wajahnya apabila melihat kanak-kanak itu tersenyum setelah mendengar ajakannya.
‘Subhana-Allah.. betapa penyayangnya wanita yang bertudung labuh itu. Moga dirimu di sayangi Tuhan, duhai Muslimah’ Detik hatiku setelah melihat peristiwa itu. Beberapa minit selepas itu, keduanya telah hilang di pandanganku, lalu aku terus melangkah ke ruang majlis ilmu.
Tamatlah sudah majlis ilmu itu pada jam 10.30 pagi. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi yang mengizinkan aku menimba ilmu-Nya dan memberiku kefahaman yang baik. Subhana-Allah, taalim tadi berkisarkan kehidupan muslim sebagai hamba Allah swt di muka Bumi ini, bertajuk Hamba yang di cintai Tuhan. Allahuakbar, bukan senang untuk mendapat gelaran hamba yang di cinta Pencipta kita, namun teramat beruntung bagi siapa yang berjaya mendapatkannya. Siapa tidak mahu di cintai Allah swt Yang Maha Agung, kan? Taalim tadi turut membangkitkan semangat dan rohani ku untuk terus berlari mendapat kenikmatan di cintai Tuhan, bukan merangkak dan berjalan lagi. Curahan cinta Tuhan tiada henti untuk setiap hamba yang menginginkannya.
Sebelum pulang, tidak dilepaskan peluang untuk menunaikan solat sunat Hajat dan Dhuha berjemaah bersama jemaah di sana. Tenang hatiku tatkala melihat para jemaah lelaki bersalaman mesra seusai menunaikan solat, tidak mengira tua dan muda.
‘Mudahan suatu tika nanti, Islam akan kembali bangkit di bawah naungan para jemaah sebegini.’
Sempat aku berkenalan dengan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun setelah bersalaman dengannya.
“Abang datang dari mana?”
“Abang datang dari Gombak, belajar kat sana. Adik pula?”
“Oh.. saya dari rumah.”
“Datang sendirian saja ke? Belajar kat mana?”
“Tak, datang dengan keluarga. Ayah baru saja keluar tadi. Saya masih menunggu keputusan UPU. Abang doakan saya dapat sambung belajar di tempat  terbaik.” Katanya dengan penuh harapan.
Aku tersenyum. “Insya-Allah. Adik, abang kena pulang sekarang. Kawan abang sedang menunggu kat luar. Ini kad abang. Kalau adik ada masa, boleh hubungi abang pada bila-bila masa saja.” Aku mengeluarkan kad aku dari dompet dan memberikan kepada remaja lelaki itu yang bernama Haiqal.
“Okay, syukran abang. Insya-Allah, nanti saya hubungi abang.” Dia menyalami tanganku sekali lagi sebelum kami berpisah. Perpisahan itu aku akhiri dengan seuntai doa agar kami akan di pertemukan lagi di tempat barakah seperti ini.
~ DI ASRAMA ~
Malam itu aku sedang menyiapkan tugasan yang di berikan pensyarah Bahasa Arab di ruang bilik ku, tiba-tiba saja rakan sebilik ku pulang dengan keadaan marah.. Dia meluahkan kemarahannya dengan menumbuk meja belajarnya berulang kali. Aku tidak berdiam diri, Faruq mesti di tegur.
“Faruq, kenapa dengan kau? Muka kau pun lebam, kenapa?” Aku cuba bertanya dengan baik, kerana itu juga salah satu metod dalam berdakwah atau menasihati mad’u. Ya, aku memang telah menganggap Faruq sebagai mad’u aku semenjak dia di takdirkan sebilik denganku di semester baru. Sebelum ini aku cuba juga mendekatinya, tetapi ada saja halangan. Namun kini, tidak lagi. Dia sentiasa akan berada di hadapan mataku.
“Kau jangan busy body pasal aku, boleh tak? Tak payah nak berlagak baik dengan aku!”
Aku beristighfar berulang kali, agar syaitan tidak akan menguasai emosi ku tika ini. Lewat malam sebegini sesiapa sahaja boleh naik darah. Namun aku tidak mahu sebegitu, biarlah setiap situasi yang di hadapi itu di kawal oleh iman.
“Faruq, aku bukan nak busy body pasal kau, tetapi aku ambil berat saja. Salahkah aku mengambil berat tentang sahabat aku? Lagipun aku mengenali kau semenjak di zaman sekolah lagi. Rasa tanggungjawab itu hadir dalam diri aku terhadap kau.”
“Huh! Menyampah aku! Dah alim sikit, dah nak bagi ceramah kat orang. Sedarlah diri kau tu sikit. Pernah jahil juga!”
Allah! Kuatkanku. Tajamnya kata-katanya.
“Ya, memang aku pernah menjadi seorang yang jahil dulu. Namun hari ini aku dah berubah. Salahkah aku yang pernah menjadi jahil ini ingin menasihati sahabat? Faruq, disebabkan aku pernah melalui kehidupan itu lah, aku ingin kau turut berubah, kembali ke jalan yang benar. Menjadi lelaki yang soleh.”
“Hoi, pergi tidurlah! Merepek je malam-malam macam ni. Nak berceramah pun, tunggu esok pagi. Nanti nak ceramah dekat padang bola pun boleh. Kau jangan ganggu aku lagi! Jangan sibuk nak siasat apa aku buat kat luar lagi! Kau ingat aku tidak tahu kau punya perancangan? Aku dah baca semuanya! Jangan bermimpi nak ‘sucikan’ aku ini!” Tengking Faruq. Ketika dia mengungkapkannya, matanya tajam melihat wajahku dan sejurus itu dia terus menolak tubuhku ini jatuh menyembah bumi.
Ya Ghaffar.. ampunilah sahabatku ini. Dia masih belum mengenali secara syumul betapa indahnya agama Mu ini. Dia masih belum mengetahui betapa nikmatnya menjalani kehidupan berlandaskan agama Mu ini. Sayangilah dia Ya Allah.
            Hmm, aku dapat mengagak. Mesti Faruq telah membaca nota yang aku tulis di dalam sebuah buku. Buku itu aku sering membawanya ke mana sahaja aku pergi, tetapi semalam aku terlupa. Takdir Tuhan, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Makin hebat cabaranku untuk membawa Faruq ke jalan yang lurus. Insya-Allah, jika aku terus berpegang pada tali-Nya, Dia pasti menghulurkan bantuan buat hamba-Nya yang ingin melakukan kebaikan, kerana Dia Tuhanku Yang Maha Penyayang.

< Nantikan sambungan seterusnya..>

Tuesday 17 July 2012

SEDIKIT PERKONGSIAN...

'JANGAN KAMU MARAH'


Rasulullah S.A.W mengulanginya sebanyak 3 kali..
didiklah diri untuk bersabar.. bersabar sebelum tercetusnya marah
lebih membahagiakan,
kerana peritnya hanya ketika itu dan kita boleh kembali tenang semula..

Tetapi pabila tercetusnya marah dan selepas itu tenang semula,
perasaan bersalah kepada insan yang dimarahi itu boleh memakan jiwa
dan merunsingkan hati sampai bila-bila..

Pilihan ditangan kita..
memilih untuk sabar dan bahagia
ATAU
memilih untuk marah dan sengsara dengan rasa bersalah selamanya...

Tenang dan sabar... sabar membuah bahagia...
bahagia membuah ceria...
ceria kerana berukhuwah keranaNYA..

~maka bersabarlah wahai sahabat dan sahabiah sekalian...
Allah sentiasa ada disisi kita...
salam perjuangan!;)

HADIAH DARI ALLAH BUAT DIRI...

"Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik,
sehingga orang yang ada permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia"

"Dan sifat-sifat yang baik itu tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar"

"Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu godaan,maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sungguh,Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

(SURAH FUSSILAT;34-36)

~Syukran Ya Rabb kerana menunjukkan jalan yang terbaik buat kami....:)

Saturday 7 July 2012

HIJRAH

Dahulu aku hanyalah remaja lelaki biasa. Bukanlah remaja yang berakhlak mulia, tinggi ilmu agamanya,
Sempurna pengamatan agama dalam kehidupan sehariannya dan bukan juga yang bergiat aktif di jalan dakwah
agamaNya. Ya, memang aku dilahirkan dalam keluarga yang beragama dan belajar di sekolah agama namun diriku
ini tidak seperti remaja aliran sekolah agama.

Masih segar di kotak ingatan ku ini kenangan zaman sekolah. Aku dan tiga sahabatku akan menghadapi exam
SMU (sijil menengah ugama) ketika tingkatan 4. Aku melihat calendar yang ditampal pada dinding menghadap
meja belajarku. Tiga hari lagi exam bermula, tetapi aku belum mula menghafal walau sebaris ayat bagi semua
maddah. Exam SMU ini memang lebih ke arah menghafal walaupun soalannya subjektif. Berbelas-belas madah
kot!

Aku menghantar meseg kepada Faruq. Hati gelisah tetapi malas. “Wei faruq, kau tengah buat apa? Dah hafal
untuk smu?” butang send ditekan. Tidak sampai 5 minit, masuk mesej daripada Faruq. “ Haha.ya. aku tengah
hafal mesej makwe aku.” Aku mengeluh. Tidak serius betul kawan aku ni. Langsung tidak terbit kerisauan ke dia ni?

“Wei, seriuslah.kau tak risau ke nak exam ni? Lagi 3hari je.” Dibalasnya lagi. “ Relakslah.lagi 3jam nak exam
kita hafal lah.macam plan biasa lah.kau ni.sejak bila fikir bab risau?? Dah buang tabiat eh??” Sejurus membaca
mesejnya,tidak ingin lagi untuk membalas, Delete terus. Aku amat memahami maksud ‘plan’ itu. Huh! Aku menongkat
dagu dengan kedua-dua tanganku sambil memandang buku-buku teks dan nota-nota yang diberikan oleh ustaz dan
ustazah. Tingginya ilmu dihadapan mata aku ni, tetapi setinggi ini jugs kah ilmu itu tertanam dalam diriku?

Sedang termenung jauh mula memikirkan hala tuju ku selepas SPM nanti, tiba-tiba masuk satu mesej.
“Akak,ana redha dengan takdir Tuhan. Mungkin ini ujian untuk menguji tahap keimanan ana setelah berhijrah. Doakan
ana kuat dalam mujahadah ini ya,akak.” Nombor yang tidak dikenali menghantarnya. Mesti perempuan ni. Nak kenal lah.
Hehe.syaitan mula menghasut. “Ya abang doakan ana kuat. Ni abang bukan kakak.hehe” tiada balasan. Aku tetap
menghantar lagi. “ Maaf awak, saya gurau saja tadi.awak ada masalah ke? Sabar ya,kata ustaz saya, kalau 
Allah swt
berikan kita ujian,itu bermakna dia sayangkan kita.ni nama ape ya?=)”

Ku terima balasan mesej daripadanya. “ Maaf,ana betul-betul tersalah hantar tadi. Wassalam.”

Semenjak hari itu, aku tidak mengenal erti putus asa untuk mengacau gadis itu. Aku sendiri tidak mengerti mengapa hati ini amat ingin mengenalinya. Ingin mengetahui maksud perkataan ‘hijrah’ dalam mesejnya kerana seolah-olah punya tarikan dengan perkataan ‘hijrah’ kepada diriku.

Hari ini exam bagi maddah Tauhid. Memang sah aku tidak dapat menjawabnya tanpa bantuan plan aku dan geng. Setengah jam berada di dalam dewan exam, sepatah perkataan pun belum ditulis oleh ku. Putih bersih lagi kertas dihadapan ku ini.Dahsyat! Aku mula memberi isyarat pertama kepada Faruq iaitu dengan berdehem. Dia terus menoleh ke belakang. Nasib baik meja Faruq berada tidak jauh dengan meja ku. Aku berada dibarisan kedua,meja ke lima dari hadapan dan Faruq pula berada dibarisan pertama,meja ke empat. Dia tersenyum setelah mendapati line clear untuk melaksanakan plan kami. Ketika pengawan exam sedang meninjau para pelajar di bahagian belakang, Faruq melontarkan nota kecil kepadaku dari bawah. Mujurlah lontarannya berhenti di tempat ku. Lantas aku berpura-pura menggaru kaki dan pantas menyambar nota itu! Itulah plan kami tetapi itu salah satunya lah.haha.

Selesai menjawab, sesekali aku menoleh ke arah pelajar perempuan disebelah ku yang sedang khusyuk menjawab soalan exam. Sesekali tingkah lakunya seperti sedang mengingati semula yang dihafalnya, begitu bersungguh. Lansung tidak berbicara. Kebosanan mula melanda diri, so aku memerhatikan saja pelajr itu. “ lemah lembutnya, putih melepak dan pendiam pula tu, tetapi kenapa aku tidak pernah melihat di sekolah sebelum ini ya?”

Hmm.. lagi empat puluh lima minit akan tamat exam maddah ini. Syaitan datang menghasut lagi. Disebabkan terlalu bosan, aku telah mengganggu pelajar di hadapan dan di belakangku menjawab exam. Kini tiba giliran pelajar disebelah ku pula!
Sepantas kilat aku melontarkan nota kecil itu ke arahnya dan nota itu tergolek bersebelahan mejanya. Lima minit berlalu, aku tidak menyangka seorang pengawas exam yang garang akan mengambilnya.

“Nurul hidayah! Keluar dari dewan sekarang! “ Arah pengawas exam itu dengan nada yang tinggi.
“Tetapi kenapa,puan?” Hidayah pantas mengangkat wajahnya memandang wajah bengis pengawas exam itu.
“Jangan banyak soal! Nampak saja alim. Tapi kaki penipu! Keluar sekarang juga! Saya akan mengoyak kertas jawapan kamu !

Terpancar riak terkejut, sedih dan takut pada wajahnya. Dia tidak berganjak dari tempat duduknya sehinggalah..

“Paaannnggg!” satu tamparan hinggap dipipi, menyebabkan pipinya yang putih melepak itu menjadi merah. Dia melangkah keluar dari dewan bersama linangan airmata.

Aku benar-benar tersentak dengan kejadian itu. hati tidak lagi tenang setelah melihat Hidayah berlalu pergi. so, aku pantas keluar dari dewan juga. ku cuba tnjau di kawasan kantin dan kelas-kelas kosong yang berdekatan. namun tiada kelihatan dirinya. lalu ku teringat akan surau. laju langkah kaki ku dihayun ke sana. benar! tepat firasat ku! kelihatan sepasang kasut di atas rak di luar surau muslimat. niatku memang ingin bertemu dengannya tetapi kesempatan itu juga ku isi dengan solat sunat dhuha. ya! aku memang tidak sealim orang lain, tetapi aku ada juga lah buat solat sunat dhuha tu.  hm, aku sengaja memilih tempat solat berdekatan penghadang antara tempat solat muslimin dengan muslimat.J

“Eish boleh pula aku suka-suka. hidayah tu aku perlu jumpa sekarang!” getus hati ku sendiri.

Seusai menunaikan solat dhuha, telingaku menangkap satu esakan di selangi doa dari sebelah.

“Ya Allah, hamba ini bersujud di hadapan Mu dengan penuh rasa kehinaan.diri ku ini dikotori dosa silam. namun daku ingin kembali suci seperti muslimah lain. daku mengetahui,mungkin ini cuma satu ujian daripadaMu dalam aku menuju hijrah demi menggapai redhaMu. Ya Muhaimin, daku tahu Engkau amat memahami situasi ku tika ini,kerna itu ku merayu padaMu, kurniakan ku kekuatan,ketabahan dan kesabaran dalam mengharungi tiap ujian. pinjamkan ku kekuatanMu. jangan biar ku tersungkur di pertengahan jalan hijrah ya Rahman. kasihanilah daku. daku hanya damba belas kasihan dari Mu.. daku hanya ingin belaian Mu. daku dahagakan kasih sayang Mu,Ya Rahim.perkenankan doaku. Allahumma amin.”

Terdiam aku disitu. tiada kata ingin dilafazkan hanya rasa bersalah yang teramat kian mengurungi diri. Apa harus ku lakukan? aku amat jahat kah sehingga membuat seorang wanita menitiskan airmata? Apa maksudnya dengan ‘hijrah’ tadi ya? Ya, aku memang jahat!

Tiga tahun berlalu. kini aku menuntut di sebuah IPTA. kenangan itu tidak bias ku lupakan sampai detik ini kerna aku masih belum meminta maaf dengan Nurul Hidayah. Bagaimana kau ingin bertemu dengannya kerana setelah kejadian itu dia telah kembali ke sekolah asalnya. dia dan batch nya hanya menumpang exam di sekolah ku.

Walaupun masih memikirkannya dan berdoa agar aku kan bertemu dengannya, semenjak itu aku tekad untuk merubah diriku! Bermulanya episod hijrah ku.

Ya! siapa bilang tiada cabaran di institute ini? Amat berlambak cabarannya. Namun, keran sebuah tekad dan hijrah, aku cuba menguatkan prinsip ku. walau jua ramai kawan mula menjauhkan diri, tidak aku ambil peduli. asalkan aku kan merasai nikmat sebuah hijrah menuju redha Ilahi. ya! itu yang ku impi.

Sejak itu jua, walau sesekali terasa janggal untuk mendekati sahabat-sahabat baru yang alim, tetap jua ditebalkan muka setebalnya. kenapa? Kerna pernah ku baca satu kata Imam Hassan Al-Banna tika aku busy mencari majlis ilmu yang boleh diikuti, iaitu “ kenalkan dirimu kepada saudara-saudaramu seiman dan seperjuangan,walaupun engkau tidak diminta,sebab asas dakwah kita adalah kecintaan dan saling mengenal.” inilah kata perangsang ku. syukran buat Imam Hassan al-Banna kerna telah meninggalkan kata yang bermakna untukku. moga rohnya dicucuri rahmat Tuhan. Al-fatihah.

Okay, berbalik pada kisah hijrahku. Antara langkah yang aku lakukan dalam hijrah ini, aku berkenalan dengan sahabat yang beriman. kadang-kadang aku suka curi-curi pandang apa dia buat di maktabah,di taman,di pondok dan biliknya juga. Aish, jangan salah faham. maksud aku ada tikanya aku sengaja pergi singgah bilik dia, boleh lah mataku curi-curi tengok juga buku-bukunya di rak. Hm, dia memang mantop. ilmunya pun tinggi. kekadang ada juga rasa segan nak berdepan dengannya, tetapi demi hijrah, ku melontarkan rasa segan tu dalam kolam! hehe.

Siapakah dia yang ku maksudkan itu? Dialah sahabatku kini, Taufiq Aiman. memang dia memberi taufiq lah kat aku sebagai wasilah daripada Allah swt. Dia ketahui cerita silamku, dan disebabkan itu kami kian akrab. Dia sering mengajak ku ke taman-taman syurga, solat berjemaah di surau,masjid dan menasihati time aku ditimpa ujian yang bertalu-talu. Namun, aku paling suka bersahabat dengannya kerna dirinya memang dihiasi rasa penghambaan yang tinggi pada Tuhan! so kira aku dah temui sahabat yang mengingatkan ku pada Pencipta alam semesta ini sebagaimana kata-kata : sahabat yang bertakhta dihatiku bukanlah yang ku khaskan ciri-cirinya,agar ideal segalanya di mata,tetapi sahabat yang ku hargai dan ku sayangi yang bertakhta dihatiku adalah yang dirinya berjiwa hamba,kerana sifat kehambaannya itu hatiku tidak upaya untuk melupakannya”  Alhamdulillah.

Selama aku bersahabat dengannya, sering jua dia membawa ku bertemu murobbi andai ada kekeliruan tentang sesuatu perkara. Itu juga ku kagumi dengan dirinya, lebih suka direct pada yang lebih mengetahui bersesuaian  dengan ayat 43 dari surah An-Nahl,  “ fas alu ahla zikri in kuntum la ta’lamun” yang bermaksud bertanyalah kepada yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui.

Kini aku dalam medan mujahadah fi nafsi kerana untuk istiqamah dengan segala amalan baru dalam hijrah ini memerlukan mujahadah yang kuat! kalau tidak, nanti syaitan ketawa kemenangan lagi, Eish, aku tidak akan membiarkannya berulang atau peribahasa melayu pisang berbuah dua kali. Doakan ku.

“Tidak usahlah kita sibuk duk cari puteri agama, tetapi sibukkanlah diri kita ni untuk menjadi putera agama.” Kata Taufiq tika aku bertanya tentang seorang sahabatku yang tengah usha seorang muslimah. Aku tersenyum mendengar bicara itu kerana memang benar pun. Baik aku jadi putera agama dulu, nanti dapatlah puteri agama. InsyaALLAH J

So, rasanya sampai di sini sajalah cerita hijrahku yang bernama Muhammad Aiman. Doakan aku teguh dalam hijrah ini. Akan ku mantopkan jasad ini dengan semangat perjuangan dakwah bersama Taufiq demi membela Islam kembali. Kami ingin menjulang tinggi panji Islam di bumi ini. InsyaAllah, aku dan Taufiq akan semakin aktif di medan dakwah seterusnya jihad, kerana cita-cita tertinggi kami adalah mati syahid di jalan Ilahi. Allahuakbar!

Moga diizinkan Tuhan dan dikurniakan kami kudrat yang kuat,teguh,gigih dan sebagainya lagi demi meneruskan perjuangan Rasulullah saw.

Buat Nurul Hidayah, syukran kerna doamu menyentuh hati ku sehingga aku berubah sebegini, namun amat ku ketahui segalanya adalah takdir Tuhan, Dia yang menyentuh hatiku,dirimu hanya wasilah Nya. Moga dirimu kan sentiasa menjadi wasilah Nya untuk insan lain menerima hidayah Nya lagi. Amin.

Biarlah di hati kami bertakhta cinta Allah swt ,Rasulullah saw dan jihad fisabilillah tika ini.

 Wassalam wrm wbt.. =)

Pena : Annur Ilahi.

~NANTIKAN EPISOD SETERUSNYA,AKAN DATANG….

Wednesday 27 June 2012

Munajat Kesyukuran


Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran kami panjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana tanpa izin-Nya; kami tidak akan mampu untuk melaksanakan program ini. Selawat & salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in seterusnya mujahiddin yang dirahmati Allah kerana tanpa perjuangan baginda & pewaris baginda, nescaya Islam tidak akan mampu kita kecapi.

Sedar tidak sedar, pejam celik pejam celik, kini kami sudah berada di semester 3; bermakna tahun ini merupakan tahun kedua pengajian kami di Darul Quran yang tercinta.

Tidak dapat dinafikan, ukhuwwah Islamiah yang terbina atas dasar akidah merupakan nikmat yang sungguh manis & berharga. Walaupun begitu, kita harus ingat, ukhuwwah yang terbina pasti akan diuji dengan pelbagai rintangan bagi mengukuhkan ikatan yang telah dijalin. Itulah lumrah alam, itulah sunnatullah. Kita pasti akan diuji bagi membuktikan sejauh mana keimanan kita kepada-Nya.

Semester 3 di Darul Quran merupakan semester yang cukup sibuk kerana saat inilah, semua pelajar semester 3 akan dilatih dengan kepimpinan. Pelajar-pelajar semester 3 lah yang mula mencatur perjalanan kampus Darul Quran. Masing-masing mula wujud pelbagai komitmen, sama ada persatuan, kelab, program-program mahupun aktiviti luar. Ketika inilah, ukhuwwah mulai teruji.

Alhamdulillah, Saudara Idris selaku ketua syukbah begitu pantas mengatur langkah bagi mengeratkan kembali tautan hati yang kian renggang seiring ligatnya putaran waktu. Oleh itu, pada hari Isnin yang lepas bersamaan 25 Jun 2012 telah diadakan Solat Hajat Perdana & Bacaan Yasin antara kami semua. Solat Hajat tersebut diimamkan sendiri oleh Saudara Idris selaku ketua syukbah. Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan Yasin secara berjemaah diketuai oleh Saudara Munir Bin Rahimi yang merupakan salah seorang ahli syukbah merangkap Setiausaha Perwakilan Semester.

   Suasana menjadi lebih gamat & meriah saat penyerahan baju korporat yang telah lama ditempah. Cantik! Smart! Memang berbaloi tempah baju ni. Majlis disudahi dengan bacaan doa & bersalam-salaman sambil memohon kemaafan antara ahli syukbah.

Ya Allah! 
Syukur pada-Mu kerana kami mampu merasai kembali nikmat ukhuwwah atas tautan hati kami yang engkau kukuhkan sebelum ini,
Ya Allah!
Janganlah Engkau putuskan ikatan ini,
Jangan Engkau pisahkan kami setelah bertautnya hati kami,
Ya Allah!
Engkau satukanlah hati-hati kami atas kebenaran,
Atas jalan yang Engkau redai,
Ya Allah!
Hanya Engkau yang Maha Berkuasa,
Hanya Engkau yang Maha Bijaksana,
Kepada-Mu kami menyembah,
Kepada-Mu juga kami berserah,
Semoga ikatan yang terbina kerana-Mu hanya akan berakhir kerana-Mu.
Amin Ya Rabbal A'lamin.

Friday 15 June 2012

TERISTIMEWA BUAT AKHAWAT...

Akhawat..

Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi..bukan diciptakan daripada kepala yang disanjung dan dipuja..bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya...lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?....

Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya...

Akhawat..

Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai SI MAWAR BERDURI...Sesungguhnya Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu "Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita". Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?

Ingatlah duhai akhawatku, ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus,suci,mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu..

Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah,bertunjangkan ilmu dan kebenaran,bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya wanita solehah menjadi idaman insan soleh bernama Adam...

"Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik"...



Ya Allah.... Jadikan kami bidadari syurga.... Amin Ya Rabbal Alamin....


           ~adaptasi daripada novel TAUTAN HATI, karya fatimah syarha mohd noordin.
           ~buat renungan bersama.....


Tuesday 15 May 2012

Dakwah berwadah Zikrullah



Dakwah menuntun roh manusia. Tanpa tautan hati kepada mad'u (sasaran dakwah), nasihat & kuliah hanyalah memenuhi koleksi informasi tanpa memanifestasikan sahsiah

Entiti pendakwah, boleh diibaratkan bagaikan sebiji mentol. andainya malap, lemah ataupun rosak, takkan bermanfaat hatta semahal manapun harganya atau segah apapun jenamanya. Cuma mentol yang tidak rosak dan menyala terang dapat dimanfaatkan manusia. Tetapi, tidak cukup setakat itu. Jika tidak bersambungan dengan wayar, tetap juga tidak bermanfaat.

Analogi yang ingin saya bawa, mudah. Mentol adalah Pendakwah. Wayar adalah Zikrullah manakala hidayah sebagai Sumber Janakuasa yang bersumberkan Allah SWT.

Menyentuh insan, tidak cukup dari luaran. Hati adalah sotware dalaman, virus yang menyerang pula bersifat halus. Sudah tentu wabak penyakit hati rosak di zaman kita kini tidak cukup disembuhkan dengan unsur-unsur materealistik.

Sekeping hati akan tersedar jika disapa oleh sentuhan yang Maha Penyayang. Bukan sebarang panggilan dapat membawa manusia yang lara menyimpang, kembali ke mehrab ibadah. Bukan yang biasa-biasa berupaya, melainkan ianya terbias dek hubungan hati nan khusyuk terhadap Allah. Hubungan hati yang bersih bertautan dengan yang Maha Suci (al-Quddus), akan menjadi ibarat bulan yang membiaskan cahaya. Meskipun kadangkala ilmu tak seberapa, bekalkanlah diri dengan lidah yang lazim menyebut "Allahu Allah", biarlah dakwah disampaikan seiringan berkat Zikrullah. InsyaAllah..sentuhan hati kan nanti berputik lalu menyerlah indah.



Saya bawakan contoh sebuah gerakan yang menyebarkan dakwah melalui Zikrullah; Tarekat Qadiriah wa Naqsyabandiah atau ringkasannya TQN. Gerakan ini telah meluaskan dakwahnya ke serata Indonesia sehinggalah ke Malaysia, Singapura dan wilayah nusantara yang lain. Dikuatkan dengan pengiktirafan oleh Nahdhatul Ulama' (N.U), keberkesanan zikrullah sebagai penawar kemelaratan kalbu sudah terbukti.

 Bagi memudahkan pemahaman, saya sertakan Link tentang TQN ini di bawah:
Habib-habib yang mendapat madad daripada Rasulullah s.a.w juga semakin tersohor dengan kalimah dakwah mereka dalam mengingatkan manusia terhadap Nabi Muhammad s.a.w sambil berselawat & bermaulud dalam irama zikrullah. Intipati yang terpenting adalah nur zikrullah. Inilah kunci bagi membuka pintu hati manusia yang telah ditutup oleh himpitan nafsu dan hasutan syaitan. Habib Umar, Habib Zainal Abidin al-Jifri, Habib Munzir dan ramai lagi sewajarnya kita contohi roh dakwah mereka yang bersumberkan cinta & rindu. Ingatan yang tulus terhadap Allah & kasih yang suci terhadap Rasulullah s.a.w


Mungkinkah kita..
Melihat tanpa kerut di dahi, mendengar tanpa gelisah di hati? Khabar ngeri umat ini, harus dirasa dilemanya oleh kita semua.
Ketuk sedikit hatimu itu, apa yang sering didegupkan? Adakah Allahu..Allah..Allahu..Allah..?
Atau hanya setakat hal remeh-temeh yang pasti fana nanti?

"Hapuskan hatimu dari selain yang dicintai (Allah)" 
[Al-Syibli]

Masyarakat kita sekarang, mengharapkan pendakwah yang bertautan akrab hatinya dengan Tuhan. Mereka, sangat mahukan rasa Cinta & Rindu yang jujur kepada Allah. Di daerah hati, ada ceruk yang tak mampu diisi oleh gelak tawa & kepuasan, ketahuilah..bahawa itulah daerah Zikrullah. Semua manusia mempunyai hati yang dambakan tuhan. Kita yang ditaklifatkan, memimpin tangan masyarakat awam, meraba-raba cahaya di sebalik kegelapan. 




Dalam masa kita memantapkan thaqafah, mengasah bakat berbicara & memahirkan skil komunikasi, tautan hati dengan Allah s.w.t juga wajib sentiasa berterusan melalui zikrullah. InsyaAllah, segala-galanya akan menjadi mudah dengan rahmatNya. 

Namun harus diingat, perjuangan tak menjanjikan kemudahan, cabaran demi cabaran adalah tarbiyah bagi mengangkat martabat kita selaku Khalifah & 'Ibadallah.



Thursday 10 May 2012

sayang umi !!


 orang kata, aku lahir dari perut mak..
(bukan orang kata...memang betol pon)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati....... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan ..... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku...... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari..... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya..........
Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......  


siapakah aku ??
mampukah aku ??
aku akan tunaikan janji aku kerana aku sayang umi !! 









..:: Aktiviti Dakwah's Crew ::..