Thursday, 16 February 2012

..:: Prog : Mahabbatul Du'at (M.A.D.U.) ::..


Syukbah Dakwah Nuqliuz dengan kerjasama Jabatan Pengajian Al-Quran Darul Quran telah mengadakan satu program yang mana pesertanya terdiri dari kalangan anak-anak yatim di bawah jagaan Persatuan Kebajikan Ehsan As-Syakur (PERKEAS) yang bertempat di Bandar Tasek Puteri, Rawang. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan, antaranya adalah ice breaking, LDK dan juga slot Lau Kana Bainana.
Di antara objektif Program Mahabbatul Du’at ialah melatih para pelajar berhadapan dengan masyarakat disamping mengaplikasikan ilmu dakwah yang telah dipelajari.
Majlis penutup Mahabbatul Duat telah disempurnakan Tuan Jamali bin Mustofa, Penyelia Persatuan Kebajikan Ehsan As-Syakur. Dalam ucapan beliau, beliau mengharapkan program sebegini merupakan titik perrmulaan jalinan ukhwah antara PEKEAS dengan Darul Quran.
Turut hadir dalam majlis tersebut, Haji Rosli B Haji Abd Ghani, Yang diPertua Pusat Kebajikan Ehsan As-Syakur, dan Ustaz Ramlee Abd Rasyid, Pengerusi Surau Firdaus.






..:: Kasih Sayang, Kejayaan dan Kekayaan ::..


Kasih Sayang, memberi kebahagiaan kepada manusia. Ia punca Kejayaan & Kekayaan.


Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.  Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya. "Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar." "Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun  memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang!" Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam. "Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.

"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu. Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan : "Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah." Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!" Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya : "Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!" "Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.

"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita." Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami." Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan : "Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

..:: Aktiviti Dakwah's Crew ::..