Thursday 9 August 2012

HIJRAH.. (PART 2)


           Hmm.. tika aku menaip cerita ini telinga ku sedang dimanjakan dengan lagu Permata Yang Dicari nyanyian Dehearty. Aku suka sangat mendengar lagu ini semenjak akhir-akhir ini. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Kadang kala semasa aku pulang dari kampus, secara spontan saja lagu ini aku dendangkan walaupun ada tikanya aku terlupa lirik. Hehe. Memalukan saja aku ini kan? Macam perempuan saja lagaknya. Ah.. apa aku kisahkan. Ini diriku, lantaklah aku mahu menyanyi lagu apa sekalipun. Huh! Merepek saja aku ini. Baiklah, jujurlah aku cakap, sebenarnya aku ada cerita disebalik lagu ini. Sengaja main sorok-sorok tadi. Hehe.
Ceritaku kali ini tentang seorang permata yang baru aku temui baru-baru ini. Kisah pertemuan aku dan dirinya, indah. Namun tidak aku ketahui adakah ia turut indah bagi kalian yang membaca cerita ini. Kisahnya begini, hari Sabtu lalu aku dan bersama Taufiq telah menghadiri satu majlis ilmu di sebuah masjid kawasan ibu kota ini. Tidak perlulah aku memberitahu nama masjid itu, cukuplah Tuhanku,aku,sahabatku dan permata itu yang mengetahuinya. Aku tiba di sana pada pukul lapan pagi dan majlis itu bermula pada jam 8.30 pagi. Pagi itu, aku keluar dari rumah tanpa mengambil sarapan terlebih dahulu, jadi apabila telah tiba di sana perutku mula merengek minta diisi.
“Taufiq, enta dah sarapan ke?” Soalku kepada Taufiq yang ketika itu sedang menanggalkan kasutnya untuk masuk dalam masjid.
“Ya, ana dah sarapan. Enta belum sarapan ke?” Dia pula bertanya padaku sambil memandang aku yang berada di sebelahnya.
“Lebih kurang macam itu lah.”Jawabku sambil tersengih kambing padanya.
“Kenapa tak beritahu awal-awal? Kalau tak, ana boleh belikan makanan untuk enta. Enta kan ada gastrik.”
“Enta jangan risau sangat. Ana dah biasa.”
Taufiq tidak menghiraukan kata ku, dia terus mengajak aku mengikutnya ke sebuah restoran berdekatan untuk bersarapan. Itulah Taufiq yang aku kenali semenjak aku menuntut di sini. Dia amat prihatin pada ku dan juga sahabat-sahabat yang lain, walaupun sesibuk mana sekalipun dengan tanggungjawab yang dipikulnya.
Jam 8.20 pagi, aku dan Taufiq kembali semula ke masjid. Ketika aku ingin melangkah ke tangga pertama, telinga ku telah menangkap suara seorang perempuan. Pantas ku menoleh ke arah suara itu di sebelah kananku. Tidak aku hiraukan Taufiq yang telah berjalan meninggalkan aku.
“Adik, kenapa tidur sini?” Wanita itu bertanya kepada seorang kanak-kanak perempuan yang tidak terurus pakaiannya. Tangannya menggosok pipi kanak-kanak itu.
“Saya tidak ada rumah,akak.”Balas kanak-kanak itu sambil menundukkan wajahnya.
“Ya Allah, betul ke?”
Kanak-kanak itu mengangguk dan bersuara. “Akak, saya lapar.”
“Okey, jom ikut akak ke restoran di luar sana.”Dia menghulurkan tangannya untuk di pegang oleh kanak-kanak itu. Terukir senyuman pada wajahnya apabila melihat kanak-kanak itu tersenyum setelah mendengar ajakannya.
‘Subhana-Allah.. betapa penyayangnya wanita yang bertudung labuh itu. Moga dirimu di sayangi Tuhan, duhai Muslimah’ Detik hatiku setelah melihat peristiwa itu. Beberapa minit selepas itu, keduanya telah hilang di pandanganku, lalu aku terus melangkah ke ruang majlis ilmu.
Tamatlah sudah majlis ilmu itu pada jam 10.30 pagi. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi yang mengizinkan aku menimba ilmu-Nya dan memberiku kefahaman yang baik. Subhana-Allah, taalim tadi berkisarkan kehidupan muslim sebagai hamba Allah swt di muka Bumi ini, bertajuk Hamba yang di cintai Tuhan. Allahuakbar, bukan senang untuk mendapat gelaran hamba yang di cinta Pencipta kita, namun teramat beruntung bagi siapa yang berjaya mendapatkannya. Siapa tidak mahu di cintai Allah swt Yang Maha Agung, kan? Taalim tadi turut membangkitkan semangat dan rohani ku untuk terus berlari mendapat kenikmatan di cintai Tuhan, bukan merangkak dan berjalan lagi. Curahan cinta Tuhan tiada henti untuk setiap hamba yang menginginkannya.
Sebelum pulang, tidak dilepaskan peluang untuk menunaikan solat sunat Hajat dan Dhuha berjemaah bersama jemaah di sana. Tenang hatiku tatkala melihat para jemaah lelaki bersalaman mesra seusai menunaikan solat, tidak mengira tua dan muda.
‘Mudahan suatu tika nanti, Islam akan kembali bangkit di bawah naungan para jemaah sebegini.’
Sempat aku berkenalan dengan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun setelah bersalaman dengannya.
“Abang datang dari mana?”
“Abang datang dari Gombak, belajar kat sana. Adik pula?”
“Oh.. saya dari rumah.”
“Datang sendirian saja ke? Belajar kat mana?”
“Tak, datang dengan keluarga. Ayah baru saja keluar tadi. Saya masih menunggu keputusan UPU. Abang doakan saya dapat sambung belajar di tempat  terbaik.” Katanya dengan penuh harapan.
Aku tersenyum. “Insya-Allah. Adik, abang kena pulang sekarang. Kawan abang sedang menunggu kat luar. Ini kad abang. Kalau adik ada masa, boleh hubungi abang pada bila-bila masa saja.” Aku mengeluarkan kad aku dari dompet dan memberikan kepada remaja lelaki itu yang bernama Haiqal.
“Okay, syukran abang. Insya-Allah, nanti saya hubungi abang.” Dia menyalami tanganku sekali lagi sebelum kami berpisah. Perpisahan itu aku akhiri dengan seuntai doa agar kami akan di pertemukan lagi di tempat barakah seperti ini.
~ DI ASRAMA ~
Malam itu aku sedang menyiapkan tugasan yang di berikan pensyarah Bahasa Arab di ruang bilik ku, tiba-tiba saja rakan sebilik ku pulang dengan keadaan marah.. Dia meluahkan kemarahannya dengan menumbuk meja belajarnya berulang kali. Aku tidak berdiam diri, Faruq mesti di tegur.
“Faruq, kenapa dengan kau? Muka kau pun lebam, kenapa?” Aku cuba bertanya dengan baik, kerana itu juga salah satu metod dalam berdakwah atau menasihati mad’u. Ya, aku memang telah menganggap Faruq sebagai mad’u aku semenjak dia di takdirkan sebilik denganku di semester baru. Sebelum ini aku cuba juga mendekatinya, tetapi ada saja halangan. Namun kini, tidak lagi. Dia sentiasa akan berada di hadapan mataku.
“Kau jangan busy body pasal aku, boleh tak? Tak payah nak berlagak baik dengan aku!”
Aku beristighfar berulang kali, agar syaitan tidak akan menguasai emosi ku tika ini. Lewat malam sebegini sesiapa sahaja boleh naik darah. Namun aku tidak mahu sebegitu, biarlah setiap situasi yang di hadapi itu di kawal oleh iman.
“Faruq, aku bukan nak busy body pasal kau, tetapi aku ambil berat saja. Salahkah aku mengambil berat tentang sahabat aku? Lagipun aku mengenali kau semenjak di zaman sekolah lagi. Rasa tanggungjawab itu hadir dalam diri aku terhadap kau.”
“Huh! Menyampah aku! Dah alim sikit, dah nak bagi ceramah kat orang. Sedarlah diri kau tu sikit. Pernah jahil juga!”
Allah! Kuatkanku. Tajamnya kata-katanya.
“Ya, memang aku pernah menjadi seorang yang jahil dulu. Namun hari ini aku dah berubah. Salahkah aku yang pernah menjadi jahil ini ingin menasihati sahabat? Faruq, disebabkan aku pernah melalui kehidupan itu lah, aku ingin kau turut berubah, kembali ke jalan yang benar. Menjadi lelaki yang soleh.”
“Hoi, pergi tidurlah! Merepek je malam-malam macam ni. Nak berceramah pun, tunggu esok pagi. Nanti nak ceramah dekat padang bola pun boleh. Kau jangan ganggu aku lagi! Jangan sibuk nak siasat apa aku buat kat luar lagi! Kau ingat aku tidak tahu kau punya perancangan? Aku dah baca semuanya! Jangan bermimpi nak ‘sucikan’ aku ini!” Tengking Faruq. Ketika dia mengungkapkannya, matanya tajam melihat wajahku dan sejurus itu dia terus menolak tubuhku ini jatuh menyembah bumi.
Ya Ghaffar.. ampunilah sahabatku ini. Dia masih belum mengenali secara syumul betapa indahnya agama Mu ini. Dia masih belum mengetahui betapa nikmatnya menjalani kehidupan berlandaskan agama Mu ini. Sayangilah dia Ya Allah.
            Hmm, aku dapat mengagak. Mesti Faruq telah membaca nota yang aku tulis di dalam sebuah buku. Buku itu aku sering membawanya ke mana sahaja aku pergi, tetapi semalam aku terlupa. Takdir Tuhan, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Makin hebat cabaranku untuk membawa Faruq ke jalan yang lurus. Insya-Allah, jika aku terus berpegang pada tali-Nya, Dia pasti menghulurkan bantuan buat hamba-Nya yang ingin melakukan kebaikan, kerana Dia Tuhanku Yang Maha Penyayang.

< Nantikan sambungan seterusnya..>

0 comments:

Post a Comment

..:: Aktiviti Dakwah's Crew ::..