Thursday 9 February 2012

M.A.D.U


Apa itu M.A.D.U ?



          tapi yang pasti bukan madu diatas yg akan dijadikan cerita. 
Act, M.A.D.U tu singkatan nama bagi MAHABBATUL DUAT.. M.A.D.U merupakan program sulung bagi Fakulti Dakwah Darul Quran, Jakim yang dimonopoli oleh kelas Hisham + Ibn Zakwan. 



Alhamdulillah, Segala puji bagi ALLAH, Tuhan yang Menguasai Seluruh Alam. Dengan Limpah kurnia-NYA, ahli syukbah dakwah NUQLIUZ kali ini dapat mengadakan program bersama anak-anak yatim Pertubuhan Kebajikan Ash-Shakur ( PEKEAS ), Rawang pada 28 Januari 2012. PEKEAS dinaungi oleh Tn. Haji Rosli bin Abd. Ghani merangkap Pengerusi PEKEAS. Dengan membawa tema “ Sayang ALLAH, Sayang RASULULLAH ”, Program Mahabbatul Du’at ( M.A.D.U ) ini bertujuan membawa mesej-mesej Islam yang sesuai untuk dikongsikan bersama anak-anak yatim selain mengeratkan ukhuwah ahli syukbah dakwah dengan masyarakat luar.

Program selama 1 hari ini telah memberi ruang kepada kami utk berhadapan dengan masyarakat di samping mengaplikasikan ilmu dakwah yang telah dipelajari. Seramai 39 orang pelajar diiringi oleh Ustazah Suhaida selaku penasihat kami bertolak dari Darul Quran pada pukul 7 pagi. Setelah hampir 45 minit perjalanan, kami akhirnya sampai di PEKEAS. Kami telah disambut baik oleh penghuni di sana dan juga Atuk (Tuan Haji Jamali yg lebih mesra dengan panggilan Atuk) yang telah diberi kepercayaan untuk menguruskan PEKEAS.

Program ini  dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Unit Programmer sendiri. Disamping itu, lagu tema ‘ Bila Diri Disayangi ’ turut diputar bagi menceriakan suasana. Pelbagai slot dan aktiviti yang disediakn. Antaranya slot ‘ Lau Kaana Bainana ’ (Andai Rasulullah Bersama Kita) yang disampaikan oleh ahli syukbah dakwah sendiri,saudara Zahidi Razak yang telah memberi peluang kepada para peserta utk menyayangi Rasulullah dan diri mereka sendiri.

Pada sebelah petangnya pula, para peserta diberi peluang untuk mendalami ilmu fardu ain melalui aktiviti ‘ Kembara ilmu ’. Pelbagai gelagat koordinator, Fasilitator dan peserta yang dapat dirakam sepanjang slot tersebut. Keseluruhannya, Alhamdulillah, para peserta seronok dengan aktiviti yang disediakan.


Acara kemuncak dalam Program Mahabbatul Du’at ini ialah Jamuan BBQ pada majlis penutup program. Jamuan disediakan sendiri oleh kami khas untuk para peserta pada malam itu. Antara menu utama dalam jamuan kami pada malam itu ialah BBQ, nasi goreng cina dan coleslaw. Semua menu tersebut disediakan sendiri oleh ahli syukbah dakwah yang tidak kurang hebat masakannya. Kami dapat lihat keterujaan para peserta dalam menikmati jamuan malam itu lantaran jamuan yang disediakan dinikmati dalam talam secara berjemaah. Terpancar kemanisan ukhuwwah pada malam itu. Pastinya saat ini tidak akan kami lupakan sampai bila-bila.

Setelah itu, kami bertolak pulang ke Darul Quran pada pukul 11 malam. Setiap apa-apa yang dirancang, pasti terdapat sedikit kekurangan. Itulah tandanya bahawa manusia ini terlalu lemah untuk berdiri sendiri, perlukan Allah sebagai pembimbing. Namun begitu, kami berjaya mengatasinya. Kami berharap agar pengalaman pertama kami ini dapat mematangkan kami sekaligus memberi peluang kepada kami untuk mengadakan program yang akan datang dengan lebih baik tanpa 'salahfaham' lagi.
Semoga Allah membukakan pintu hidayahNYA dan mengampunkan kesilapan yang berlaku.

Tiba-tiba satu persoalan menelusuri serembrum otak kami?
Adakah M.A.D.U.  siri 2 akan menyusul ?
mungkin....
tapi,
peperangan tidak akan tercetus dan dicetus lagi...ngee~
InsyaAllah..

0 comments:

Post a Comment

..:: Aktiviti Dakwah's Crew ::..