Saturday 11 February 2012

Antara FAHAM dan TAHU

"Sesiapa yang Allah berkehendakkan baginya kebaikan, Allah akan memberikan kepadanya kefahaman dalam agama."
(Hadis)

Seringkali hadis ini dibacakan kepada saya namun baru beberapa hari kebelakangan ini menyedari betapa mendalamnya maksud hadis ini dalam kehidupan seorang insan...

Tak tahulah, mungkin kerana sudah terlalu kerap dengar sehingga lupa mengambil pengajaran...

Seringkali minda ini pening berfikir mengapa perkara ini terjadi namun, kepeningan ini hanya menambahkan keserabutan kepala...

Entah di mana silapnya, saya sendiri tidak pasti...

Adakah kesilapan golongan pendidik, sistem ataupun diri sendiri....

Saya sendiri tidak pasti...Yang pasti, memang golongan sebeginilah yang banyak membawa fitnah kepada agama..
 GOLONGAN YANG MEMPELAJARI AGAMA!!!
Masih terakam jelas dalam memori ini kata-kata senior saya yang merupakan mantan pengerusi program persijilan,
"DarQ.Kita dengar seperti syurga dunia namun hakikatnya sama sahaja seperti tempat lain. Bukan semua orang baik.Menghafal Quran,hafal jugak tapi maksiat,maksiat jugak."

Ada juga beberapa sahabat saya mengatakan begini,

"Dulu aku masuk Mahad Tahfiz sama je budak-budaknya.Masyi bacaannya tapi zina buat gak,arak tunggang gak tapi selalu jadi Imam Tarawikh.Bacaaan sedap,tajwid pun betul,makhraj pun betul tapi tulah hakikatnya...Sama je macam orang yang tak belajar agama..."

"Harap je tudung labuh tapi couple jugak... Baik orang yang tak paki tudung tu..Biarpun tak pakai tudung tapi lebih pandai menjaga maruah diri..." Begitulah sedikit sebanyak persepsi masyarakat pada orang yang mempelajari agama..
Golongan ini dimaksumkan sehinggakan apabila berbuat kesalahan yang sedikit, bermacam-macam cerita yang timbul..

Memang benar di luar sana,ramai yang mengambil mata pelajaran Syariah,Quran Sunnah,Hadis,Ilmu Wahyu namun mereka tiada tamayyuz(perbezaan)..Sama sahaja seperti orang-orang yang tidak mendalami agama...

Betapa sayunya hati ini,betapa lukanya jiwa ini...Kadangkala rasa benci dan menyampah dengan situasi begini tetapi ia berlaku di hadapan mata kita..

Ya,hidayah itu memang milik Allah tapi bertahun-tahun mereka belajar agama, di mana penghayatannya?

Kalau pelaku-pelaku maksiat ini bukan orang yang mendalami agama,saya boleh mengerti namun.....

Kadang-kadang diri ini turut tersasar ke persimpangan gelap..

Hmm....Hanya keluhan yang mampu diluahkan sehinggalah....

Tahun yang lepas, pihak kampus telah menjemput saudara Muhammad Syazwan,mantan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia(GAMIS) untuk menyampaikan ceramah mengenai Comfort Zone:Dilema Mahasiswa...

Maka berceritalah beliau dan terus memberi ceramah sehinggalah....

"Sesiapa yang Allah berkehendakkan baginya kebaikan, Allah akan memberikan kepadanya kefahaman dalam agama."
(Hadis)

beliau membacakan hadis di atas...Kali ini telinga ini mula menangkap butir bicara beliau dan cukup tersentuh dengan kata-katanya...
"Berapa ramai di luar sana yang mendalami agama, tetapi menjadi fitnah kepada agama? Ramai bukan? Dan beberapa minggu yang lepas, pihak GAMIS ada melakukan sedikit program buat menarik kembali remaja-remaja kita yang tersasar ini tapi hanya segelintir sahaja mahsiswa dan mahasiswi dari Universiti yang ada perkataan 'Islam' yang turun.Faham-faham sendiri...Majoritinya, mahasiswa dan mahasiswi dari Kolej Matrikulasi,UITM,UM  dan universiti-universiti lain yang turun padang"

Akhirnya saya membuat kesimpulan sendiri,

FAHAM itulah yang menjadi kunci kepada segala permasalahan dan penawarnya..
Mereka mungkin hebat, bijak, pandai namun hanya dalam teori tidak dapat diterjemahkan ke dalam perbuatan..Mungkin mereka seumpama burung kakak tua, hanya mengikut apa yang diajarkan, boleh diulangnya berkali-kali dengan lancar namun tidak memahami apa yang dipelajari..


Marilah kita fikirkan bersama...
Dugaan orang beriman itu memang kuat, semakin tinggi tingkatan takwa yang ingin dikecapi, semakin kuat dugaan yang menanti..

Wallahu A'lam..
Saya sekadar ingin kita bersama-sama berfikir dan merenung kembali keadaan diri kita, adakah ini pemuda dan pemudi yang mengimpikan syurga dan keredaanNya?
Fikir-fikirkanlah...
Segala yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu hakikatnya jua datang dari Allah namun disebabkan kesilpan dan kelemahan diri ini..
Wassalamualaikum W.M.T.

0 comments:

Post a Comment

..:: Aktiviti Dakwah's Crew ::..