Wednesday 22 February 2012

Rehlah Ukhuwwah

Assalamualaikum W.M.T.
Salam ukhuwwah,salam mahabbah,salam cinta...
Apa khabar iman kita hari ini?
Semoga masih kekal dalam nikmat halawatul iman...










Pada 19 Februari 2012 bersamaan hari Ahad yg lepas,pelajar banin syukbah dakwah semester 2 telah mengadakan satu lawatan Rehlah Ukhuwwah di sungai yang berdekatan.
Tujuannya tidak lain tidak bukan melainkan merapatkan ukhuwwah antara para pelajar banin sesuai dengan namanya;Rehlah Ukhuwwah.

Malangnya,tidak semua ahli syukbah dapat menghadirkan diri lantaran masalah yang dihadapi.Seramai 11 orang pelajar yang terlibat dalam menjayakan rehlah ini.

Cerita bermula pada pagi hari tersebut.Meskipun,hujan lebat membasahi bumi,namun itu bukan alasan untuk menghentikan program.Seusai sahaja hujan menghentikan tangisannya,kami bertolak beramai-ramai dengan menaiki basikal seawal pukul 9 pagi.

Kayuhan demi kayuhan dilakukan bagi merealisasikan hasrat yang murni.Setelah 10 minit penat mengayuh,kami pun tiba ke destinasi.
Apa lagi yang ditunggu?Air sungai mengalir tenang di depan mata.

Dush...Kedengaran air berkocak.Air sungai yang tadinya tenang mula bergelora lantaran renangan yang kami lakukan.
Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa seolah-olah senang dengan kehadiran kami di sini..(Poyo betul!!..Haha..)
Kami amat gembira bermain air,tambahan pula,majoriti belum mandi...(Haha...kantoi pulak...)

Setelah aura kebosanan mula mencengkam suasana,kami bermain satu permainan yang dinamakan sambung cerita..Permainan dimulakan dengan kami membuat sebuah bulatan.Selepas itu,salah seorang dari kami akan membuat satu ayat dan peserta seterusnya dikehendaki menggunakan perkataan terakhir oleh peserta sebelumnya untuk membuat ayat yg lain.Begitulah seterusnya sehinggalah ada yang gagal.Peserta yang gagal akan disimbah dengan air dan dikeluarkan daripada permainan.Permainan ini dimenangi oleh saudara Khairul Anwar B. Haji Bakri yang pandai bermain kata-kata.

Setelah puas bermain,kami pun pergi ke Pekan untuk membeli barang.Sebelum kami pulang,kami sempat makan roti canai di warung di taman berhampiran...
Alhamdulillah,syukran lillah atas segala nikmat kegembiraan,kemanisan ukhuwwah yang Engkau kurniakan ke atas kami....
Semoga ukhuwwah yang dibina dengan lafaz Bismillah hanya akan berakhir sementara waktu dengan lafaz Innalillah sebelum dipertemukan semula di Jannah..
Amin...

-Unit Informasi & Perhubungan-

0 comments:

Post a Comment

..:: Aktiviti Dakwah's Crew ::..